Rojak Daily Logo

Aziz Singah Mengidap Kanser Tahap Empat

0
comments
Aziz Singah Mengidap Kanser Tahap Empat
Aziz Singah bersama isterinya, Zunite Mohamed ketika masih sihat. (Gambar: keehuachee.blogspot.my)

Pelakon veteran popular, Datuk Aziz Singah ketika ini menerima rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya akibat penyakit kanser prostat.

Menurut rakan artis yang juga produser drama, Mohd Noor Kadir yang memuat naik status di Facebook, malam tadi menyatakan keadaan pelakon itu tenat selepas mengalami kanser tahap empat yang kritikal.

Tambahnya, pelakon itu tidak boleh bercakap tetapi masih mampu mengenali mereka yang datang apabila berbisik di telinganya. Mohd Noor berkesempatan menjenguk rakannya itu bersama Datuk Yusof Haslam dan A Galak.

Aziz Singah, 75, sebelum ini banyak membintangi pelbagai drama antaranya Si CapikSembilu KasihSate,Maria MarianaImpianKemarau Cinta dan filem terbitan sendiri, Pulau Asmara. Dia juga dikenali ramai menerusi iklan teh Boh dan pernah bertugas sebagai juruhebah serta pelakon Radio Televisyen Singapura.

Aziz Singah | Rojak Daily
Mohd Noor (dua dari kanan) bersama Yusof dan A Galak (kanan) ketika melawat Aziz di Institut Kanser Negara, Putrajaya, malam tadi. (Gambar: Mohd Noor Kadir - Facebook)
 
 
 
Comments