Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kategori Baru AIM 22

Anugerah Industri Muzik ke-22, peminat boleh mengundi kategori Penyanyi Malaysia Terbaik.

0
comments
Kategori Baru AIM 22
Wajah ceria Hafiz Suip merai kemenangannya pada AIM20 (Gambar: malaysiagazette.com)

Menurut portal Astro Gempak, Anugerah Industri Muzik ke-22 yang bakal diadakan pada 11 Disember 2016 bakal memperkenalkan lima kategori baru termasuk Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Malaysia Terbaik. Selain itu, pihak AIM22 turut menggugurkan kategori anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.


Gambar: www.astrogempak.com.my

Keputusan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 24 kategori bakal dipertandingkan. Lebih menarik, jika tahun sebelum ini keputusan penuh adalah berdasarkan penjurian profesional daripada pengguat muzik dan pakar serta diadili oleh ketua juri berpengalaman, AIM 22 memberi peluang kepada peminat berpeluang mengundi penyanyi kesayangan mereka untuk diangkat sebagai Penyanyi Malaysia Terbaik.

Untuk maklumat lengkap mengenai kriteria dan boring pencalonan AIM, layari www.aim.org.my

 
 
Comments



Back to top