Rojak Daily Logo

Filem Pendek Buku Ayah Sempena Aidilfitri Curi Perhatian

0
comments
Filem Pendek Buku Ayah Sempena Aidilfitri Curi Perhatian
Filem pendek, Buku Ayah dijayakan pelakon berpengalaman iaitu Beto Kusyairy, Nadia Aqilah dan Azman Hassan.

Lazimnya tiba Aidilfitri, penonton menantikan iklan di televisyen yang mampu memberi kesan pada mesej pengajaran mendalam dan paling penting ia menjadi karya yang menghiburkan. Kali ini, satu filem pendek berjudul Buku Ayah arahan Razaisyam Rashid yang pernah mengarah filem CEO sebelum ini menarik perhatian penonton.

Dijayakan pelakon berpengalaman iaitu Beto Kusyairy, Nadia Aqilah dan Azman Hassan, karya ini dikongsi pengguna di Facebook dan juga boleh ditonton di YouTube. Mesej filem pendek ini adalah mengenai pengorbanan anak-anak dalam membantu bapanya mengubah nasib keluarga mereka yang dihimpit kemiskinan.

Buku Ayah | Rojak Daily
Kisah pengorbanan anak membantu bapanya mengubah nasib keluarga yang dihimpit kemiskinan.

Filem pendek ini diterbitkan sebuah syarikat pemaju hartanah bumiputera iaitu I&P Group yang dihasilkan sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

 
 
Comments