Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

“Tidak Ada Istilah Memilih Media.” - Uqasha Senrose

Adakalanya tak dapat hadir kerana sudah ada komitmen lain.

0
comments
“Tidak Ada Istilah Memilih Media.” - Uqasha Senrose
Uqasha tidak pilih bulu bila berdepan dengan media. (Gambar: Mohamad Bakar)

Kembara seni Uqasha Senrose ketika ini terus berkembang dan tak putus dengan tawaran berlakon. Ketika ini drama Hati Seorang Cinderella yang diterajui Fattah Amin dan Nur Fazura turut membariskan namanya. Malah drama adaptasi novel itu juga turut dibintangi Zizie Izette, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren dan Lisdawati.

Sekalipun sinonim dengan kontroversi termasuk cerita membuka tudung sejak Ogos tahun lalu, rezekinya terus murah. Namun terbaru kedengaran pula cerita yang kakak kepada Nelydia Senrose ini memilih bulu dan susah bertemu teman media.

Tak kurang juga yang beranggapan Uqasha mengelak untuk ditemubual rakan media meja hiburan dan lebih suka memenuhi undangan sesi fotografi majalah fesyen serta gaya hidup.

Rentetan itu, timbullah pertanyaan apakah dia bimbang andai teman media membangkitkan kisah panasnya dalam temubual diadakan?

“Tak adalah seperti yang dikatakan itu. Tak pernah ada istilah saya memilih rakan media. Memang ada acara yang sepatutnya membabitkan diri ini tapi saya tak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen kerja.

“Selama ini pun saya banyak berterima kasih kepada pihak media yang tak jemu menyokong kerjaya seni saya,” katanya yang memegang watak Puteri Emallyn menerusi drama yang mendapat perhatian ramai itu ketika ini.

Mengenai drama Hero Seorang Cinderella, ini kali kedua kerjasama dia dengan Micheal Ang. Selepas raya nanti, dia sekali lagi akan berlakon dengan pengarah berbangsa Cina itu.

“Saya seronok dapat berlakon drama Hero Seorang Cinderella. Saya dapat bermain karakter lain daripada lain. Malah ini kali pertama saya diberi peranan antagonis. Tapi watak jahat itu bukan selama sepanjang cerita bersiaran sebaliknya di pertengahan nanti ada sisi baik. Seronok juga dapat main dua karakter jahat dan baik dalam satu cerita.

“Saya juga teruja bercampur gementar kerana dapat berlakon di sisi Fazura. Saya sendiri mengagumi lakonan dan bakatnya. Malah dia sendiri tak lokek mengajar dan berkongsi tips lakonan,” katanya.

Mengenai persiapan raya pula, Uqasha lebih gemar melakukannya pada minit akhir.

“Baju raya pun belum beli lagi. Saya tidaklah terlalu teruja nak pastikan yang itu dan ini kena disediakan cepat sebelum raya. Bagi saya raya itu lebih kepada dapat berkumpul sesama keluarga

“Selepas raya pun saya akan sibuk bekerja balik. Cuti raya pun dalam seminggu,” katanya yang akan beraya di ibu kota.

 
 
Comments



Back to top