Rojak Daily Logo

Pokemon Go Perlu Dijauhkan, Bukan Haram

0
comments
Pokemon Go Perlu Dijauhkan, Bukan Haram
Permainan Pokemon Go dan Pokemon tidak dibenarkan kepada umat Islam berdasarkan nas dan faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. (Gambar: Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Facebook)
Sejak permainan aplikasi Pokemon Go tiba di negara ini kelmarin (6 Ogos), nampaknya semakin ramai yang cuba bermain tidak kira di jalan raya, pusat membeli belah mahupun di rumah dan pejabat.

Senario permainan di telefon pintar ini mula menarik perhatian ramai pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan ia juga menjadi perdebatan segelintir pihak membincangkan aspek keselamatan data peribadi serta hukum mengikut Islam.

Pada 1 Ogos lalu, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan permainan Pokemon Go dan Pokemon tidak dibenarkan kepada umat Islam berdasarkan nas dan faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku.

Kenyataan bertarikh 5 Ogos itu yang disiarkan menerusi laman sesawang, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, turut menyatakan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharapkan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut.

Namun, kenyataan  Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan sama menyatakan berdasarkan pandangan ulama dan fatwa yang mempunyai asas iaitu permainan itu perlu dijauhkan jika ia membawa kemudaratan di salah tafsir sebagai haram.

Dalam satu kenyataan Dr Zulkifli yang dimuat naik di akaun Facebooknya semalam pula menyatakan mufti memberi nasihat pada pengguna agar mengelak bermain Pokemon Go dan bukan haram.
 
 
 
Comments