Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dituduh Mengganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis

Enggan sewenang-wenangnya jadi bahan fitnah orang yang menyamar jadi dirinya.

0
comments
Dituduh Mengganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
Sufian buat laporan polis demi menjaga nama baik. (Gambar: Mohamad Bakar)

Selepas insiden Shukri Yahaya dituduh oleh seorang gadis kononnya pelakon kacak itu cuba menggoda dirinya dengan mengajak melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi aplikasi WeChat, kini mangsa seterusnya pula terjadi kepada Sufian Suhaimi apabila tersebar cerita mengenai dirinya yang didakwa mengganggu isteri orang menerusi aplikasi perbualan Bigo.

Pertahankan diri ikut undang-undang.

Kejadian disedari penyanyi lagu Terakhir itu awal jam 2 pagi semalam dan dengan segera membuat laporan polis di Balai Polis, Sungai Abong, Muar Johor. Menurut Sufian, dia membuat laporan polis berkenaan kira-kira jam 3.52 pagi semalam bagi mempertahankan dirinya di pihak benar dan apa yang dituduh itu bersifat fitnah.

Sudah lama padamkan aplikasi Bigo dan Wechat.

“Selama ini ada juga yang direct message saya di laman sosial bertanyakan apakah saya mempunyai akaun Bigo atau Wechat. Ini kerana ada yang memberitahu saya, ada pihak menggunakan nama saya dan mendakwanya dirinya sebagai Sufian Suhaimi. Abang Bob AF pun ada bertanyakan hal yang sama. Hakikatnya sudah lama saya padamkan aplikasi Bigo dan Wechat di telefon bimbit.

“Tapi saya sangkakan hal itu akan berakhir di situ saja. Alih-alih terjadi pula insiden ini hingga suami wanita terbabit berkongsi butir cerita itu di laman Twitter miliknya. Memang agak terkejut. Jadi dengan membuat laporan polis ini saya harap memperbetulkan keadaan yang diri ini tidak seperti yang diperkatakan lelaki itu dan saya memang difitnah.

Tidak takut kerana berada dipihak yang benar.

“Saya tak bersalah dan buat semua ini kerana di pihak yang benar. Saya tak takut dan harap tak ada lagi individu yang senang dan terang terangan dapat memperkotak katikkan dengan menyamar menjadi saya. Saya juga harap hal ini takkan berpanjangan dan bukan bersungguh-sungguh nak melayan cerita yang tak mendatangkan faedah ini,” katanya.

Menurut penyanyi lelaki istimewa di hati Elfira Loy itu lagi, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada awal Ramadan.

Percaya ada orang yang ambil kesempatan.

“Sedangkan pada awal Ramadan itu saya pulang ke kampung menyambutnya dengan keluarga. Malah ketika itu saya sibuk membuat persiapan menyiapkan serta membeli juadah berbuka puasa dengan keluarga. Diikuti dengan solat berjemaah bersama.

“Pelik juga kerana lelaki itu mendakwa saya melakukan hal berkenaan kira-kira pada waktu hampir nak Maghrib, di saat saya sedang sibuk nak berbuka puasa dengan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai paparan skrin wajahnya yang dipaparkan lelaki terbabit, Sufian percaya ia diambil ketika melakukan siaran langsung di Bigo ataupun Instagram sebelum ini.

 
 
Comments