CLOSE
CLOSE

Elisya Sandha Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly?

Jawapan manja dan bersahaja seolah-olah hati sedang berbunga.


  • Share:

Elisya Sandha Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly?
Saya masih terlalu muda - Elisya Sandha (Gambar: Z.Nadzri)

“Memang kami rapat namun rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta kerana kami muda lagi dan perlu mengejar cita-cita terlebih dulu,” ulas pelakon Elisya Sandha, 17, yang kini dikatakan sedang bercinta dengan  anak kepada pelakon, pengacara dan penerbit popular, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimi, 21.

Mahu kukuhkan kerjaya.

Elisya yang juga adik kepada pelakon popular Fasha Sandha berkata, setakat ini mereka hanya berkawan rapat dan belum tiba waktunya untuk membicarakan mengenai cinta.

“Kami masih muda. Saya mengenalinya kira-kira dua tahun lalu dan selepas itu lama tidak bertemu.

“Baru-baru ini kami terserempak di sebuah  restoran dan saling bertegur sapa. Sejak itu kami rapat balik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Mungkinkah hati sedang berbunga?

Menurut Elisya, dia belum mahu memikirkan soal cinta kerana mahu mengukuhkan kerjaya masing-masing dulu.

Pun begitu, Elisya menjawab setiap pertanyan yang diajukannya kepada dalam nada ketawa dan suara manja seolah-olah menggambarkan hatinya sedang ‘berbunga’.

Mahu sebagus kakaknya, Fasha.

Apapun kita nantikan saja perkembangan dua remaja ini dan jika benar mereka ada hubungan istimewa, semoga Elisya dan Uzair terus setia menjaga hati masing-masing.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top