CLOSE
CLOSE

[VIDEO] Dato' Seri Vida Rupanya Fasih Berbahasa Mandarin!

Botol Pamoga tetap tak lepas dari tangan.


  • Share:

[VIDEO] Dato' Seri Vida Rupanya Fasih Berbahasa Mandarin!
Foto: Twitter @AidaSue

Minggu lalu telah berlangsung Golden Awards 2017 yang berlangsung di Setia City Convention Centre. Golden Awards 2017 merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf rancangan televisyen berbahasa Cina. Pamoga merupakan penaja utama Golden Awards dan seperti yang kita sedia maklum, kalau ada Pamoga, mestilah ada Dato' Seri Vida.

Namun apa yang membuatkan kami tabik adalah, kebolehan Dato' Seri Vida berbahasa Mandarin dengan fasihnya. Video berdurasi satu minit lebih ini menunjukkan Dato' Seri Vida menjadi antara penyampai anugerah di atas pentas sambil memegang botol Pamoga. Kami ingatkan mula-mula ada kad skrip ataupun beliau telah menghafal skrip terlebih dahulu tapi rupanya tidak. Beliau berucap dengan cara tersendiri dan semulajadi. Wow!
 


Ada netizen yang menyatakan Dato' Seri Vida dahulunya merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan sebab itulah beliau fasih berbahasa Mandarin. Wow, kami kagum tengok kebolehan Dato' Seri Vida ni. Diam-diam ubi berisi rupanya. Hebatlah Dato' Seri Vida, mujur ada Pamoga.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top