Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

“Gosip Dengan Rita Tak Jejaskan Kebahagiaan.” - Aqasha

Tidak mampu halang persepsi orang luar.

0
comments
“Gosip Dengan Rita Tak Jejaskan Kebahagiaan.” - Aqasha
"Kami profesional dalam karier" (gambar: Z.Nadzri)

“Rumahtangga saya tiada masalah dan gosip saya dengan Rita tidak pernah menjejaskan kebahagian saya dan isteri (Baizura Sabri),” tegas pelakon Aqasha, 35.

Bahkan katanya, sebagai lelaki yang beragama Islam, dia tahu apa yang dilakukannya.

Baru-baru ini timbul khabar angin, rumah tangga Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Aqasha Rosli, retak gara-gara pelakon itu dikatakan ada hubungan istimewa dengan pelakon Rita Rudaini.

Hubungan saya dengan isteri baik.

Jelas Aqasha, hubungannya dan isteri berada dalam keadaan baik ketika ini.

"Hubungan kami okay saja tetapi pada masa sama, saya tidak boleh menghalang andaian atau persepsi orang berhubung dakwaan terbabit," katanya.

Rumah tangganya yang dibina sejak tujuh lalu didakwa bergolak apabila Baizura memuat naik paparan skrin perbualanya dengan Rita di laman sosial awal April lalu.

Saya tidak mampu menghalang persepsi orang.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Rita, kata Aqasha, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan pelakon itu selepas ini.

"Saya seorang yang professional ketika bekerja dan tidak kisah untuk berlakon sama dengan Rita pada masa akan datang," katanya.

 
 
Comments



Back to top