Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Kawan Rapat 'Tapis' Calon Suami Erra?

Hubungan dengan Shahir selesa ditinggalkan menjadi satu tanda tanya.

0
comments
Kawan Rapat 'Tapis' Calon Suami Erra?
Erra 'dikepung' sahabat baik dalam memilih calon suami. (Gambar: Chempaka Nur Iman)

Biar hidup solo buat kali ke dua sejak tiga tahun lalu, Erra Fazira mengakui kesunyian jarang bertandang di hati disebabkan mempunyai kelompok teman karib yang sentiasa menjadi penyeri selain anak tunggal kesayangan, Engku Aleesya, 8.

Malah akui Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu, kadangkala kawan-kawan rapat yang lebih bimbangkan keadaan dirinya terutama apabila membabitkan calon pilihan kerana enggan dirinya dikecewakan lagi.

“Teman baik seperti merekalah yang membuatkan hidup saya terisi dengan pelbagai aktiviti. Mereka selalu mengajak saya keluar disebabkan tidak mahu saya terperuk di rumah. Kata mereka biar dunia saya berkembang.

“Jadi selepas penat bekerja, saya tiada masa untuk rasa sunyi . Kalau membabitkan calon pilihan (kekasih), mereka sebenarnya yang lagi cerewet disebabkan saya pernah dua kali gagal dalam rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran produk kecantikan TripleWhite (TW) di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, semalam yang menyaksikannya bergelar duta selain penasihat kepada pengurusan syarikat berkenaan.

Sahabat karib menjadi teman ketika kesunyian.

Diusahakan dua anak muda, Anwar Arshad dan Ery Azry Yahya, produk multivitamin yang menjalani proses pengeluaran secara teliti sejak setahun lalu sebelum berada di pasaran dirumus hasil daripada perkongsian rahsia kecantikan bekas ratu cantik itu sendiri.

Sementara itu mengenai soal hatinya lagi, pelakon, penyanyi dan model berkenaan hangat dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi, Shahir namun hingga kini kedua-duanya lebih selesa membiarkan ‘persahabatan’ sebagai tanda tanya .

Biarpun pernah membuka mulut mengakui masing-masing berkawan rapat dan tidak kisah menjalin perhubungan jarak jauh, rahsia hati mereka sukar untuk ditebak biarpun pada masa sama ramai lelaki lain masih menaruh harapan.

Ditanya sama ada jejaka lain berani mendekatinya sebaik timbul perkhabaran beliau sudah menemui cinta, sambil tertawa Erra mengatakan memang pernah terdengar ada individu yang cuba mendekatinya namun melalui orang tengah.

“Susah untuk saya luahkan mengenai soal hati. Kalau boleh saya eggan lagi memikirkan soal perkahwinan. Hendak harapkan jodoh datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk 'go with the flow' saja tentang cinta.

"Jodoh kententuan Tuhan."

“Memang ada yang tanya-tanya tetapi mungkin Allah belum bukakan jalan. Bagi saya jika ada jodoh saya pasti ada jalannya. Sudah fitrah manusia ingin mempunyai pasangan, tetapi soal jodoh bukan urusan kita.

“Untuk saua sendiri, fasa memerlukan teman hidup rasanya sudah berlalu memandangkan fokus saya kini adalah anak, kerjaya, kawan-kawan dan bisnes,” katanya yang sebelum ini pernah bergelar isteri kepada Yusry Abd Halim dan Engku Emran.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri arahan Aziz M. Osman selain terlibat dalam filem Polis Evo 2 yang dijangka selepas sambutan Aidilfitri.

 
 
Comments