Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

“Bagi Saya, Cemburu Itu Perkara Biasa.” - Fazura

Cuma mengharapkan mereka faham apa yang dilakukan adalah tuntutan kerja mencari keserasian.

0
comments
“Bagi Saya, Cemburu Itu Perkara Biasa.” - Fazura
Anggap tanda sokongan peminat pada kami. (Gambar: Alexander Hadreez Jr.)

Tidak syak lagi, pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Shariffudin adalah pasangan paling popular dalam dunia hiburan ketika ini. Walaupun drama lakonan mereka berjudul Hero Seorang Cinderella belum lagi ditayangkan dan hanya akan menemui penonton di kava televisyen Isnin ini, namun fenomena yang dicetuskan keduanya memang hebat.

Saban hari, nama mereka sering menjadi bahan perdebatan di alam maya. Ada yang suka melihat gandingan keduanya dan ada juga yang kurang senang dengan memberikan pelbagai alasan untuk menguatkan hujah mereka.

Tak kurang juga ada yang cemburu apabila Nur Fazura atau lebih akrab di sapa Fazura berjaya mendapatkan watak sebagai Nura Medina yang diakui menjadi idaman ramai.

Fazura dan Fattah kini menjadi nama yang tular di media sosial.

Mengakui situasi dicemburui itu pernah berlaku, Fazura bagaimanapun enggan melayan perkara remeh seperti itu sambil menyifatkan ia adalah lumrah.

“Bagi saya, kalau ada yang cemburu itu, ia adalah perkara biasa. Selalunya perkara ini berlaku kepada peminat wanita yang memuja seseorang artis lelaki itu. Apabila mereka minat kepada seseorang artis lelaki itu, mereka akan menjadi seorang yang sangat obses, bersifat possessive dan protective”.

“Ini berbeza dengan peminat lelaki yang meminati artis wanita. Mereka tak adalah sampai ke tahap seperti itu. Bagaimanapun, mereka harus faham, apa yang kami lakukan adalah disebabkan tuntutan kerja. Sebagai pelakon, saya perlu mencari keserasian dengan cara tersendiri,”katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Faz dan Fattah serasi di dalam drama dan di karpet merah.

Ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0 baru-baru ini, Fazura yang kelihatan anggun menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini turut ditemani Fattah tatkala berjalaan di karpet merah. Kehadiran keduanya mencuri tumpuan ramai dan juga menarik perhatian jurugambar untuk merakamkan kemesraan keduanya.

Diusik dengan soalan apakah dia tidak bimbang andai keakrabannya dengan jejaka tinggi lampai itu bakal mengundang spekulasi nakal, Fazura lebih memikirkan aspek positif terhadap hubungan itu.

“Sebelum ini, pelbagai label yang peminat berikan dan saya memandangnya dari sudut positif saja. Saya menganggap semua itu adalah tanda sokongan mereka terhadap lakonan kami.

“Soal digosipkan bercinta, biasalah saya single, dia pun mungkin solo, jadi orang bebas nak cakap apa. Kami hanya ‘dating’ di lokasi dan selepas tamat penggambaran, kami buat hal masing-masing,”tegas penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini.

Sejak awal lagi Fazura meramalkan Fattah bakal menang paling popular.

Sebelum ini aktres jelita ini pernah meramalkan yang Fattah bakal meraih kemenangan besar dan ramalan itu ternyata tepat.

Sambil mengucapkan tahniah, sempat juga Fazura menitipkan pesanan berharga buat aktor berusia 26 tahun itu.

“Alhamdulillah rezeki nampaknya menyebelahi dirinya. Harapan saya, gelaran Bintang Paling Popular yang dimenanginya tidak membuatkan dia terlalu membangga diri. Saya percaya, jika tidak berhati-hati gelaran itu mampu membuatkan seseorang itu sombong dan lupa diri.

“Bagaimanapun saya percaya Fattah bukan seorang yang begitu,”ujarnya yang kini berada di Amsterdam, Belanda untuk menghabiskan baki penggambaran drama lakonan mereka itu.

 
 
Comments