CLOSE
CLOSE

“Menang Kalah Adat Pertandingan.” - Alif Satar

Pulang awal bukan kerana kecewa dengan kekalahan.


  • Share:

“Menang Kalah Adat Pertandingan.” - Alif Satar
Alif gembira tercalon dalam lima kategori. (Gambar: Z.Nadzri)

“Tersenarai dalam Top 5 lima kategori dan berada dalam kelompok artis popular seperti Neelofa pun satu pengiktirafan yang sudah cukup bermakna buat saya jadi saya tidak kecewa atau terkilan gagal membawa pulang trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) ,” kata Alif Satar.

Pertama kali tercalon ke top 5 selepas 11 tahun di dalam industri.

Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu bersyukur kerana itu adalah pencalonan pertamanya dalam anugerah berpretij sepanjang 11 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.

“Saya percaya kelab peminat sudah berusaha yang terbaik untuk mengundi saya namun rezeki tidak berpihak kepada mereka. Saya akui ramai peminat terkilan apabila dapat tahu saya tidak menang satu kategori pun. Saya reda dengan apa yang sudah ditentukan.

Masak dengan jatuh bangun anak seni.

“Mujurlah saya bukan orang baru dalam bidang ini jadi saya sudah masak dengan jatuh bangun sebagai anak seni,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Pelakon yang menempa nama menerusi drama Dia Semanis Honey itu mengakui tumpang gembira dengan kejayaan dua artis popular, Fattah Amin dan Khai Bahar pada malam itu.

Tidak cemburu dengan kejayaan orang lain.

“Menang kalah adat pertandingan dan saya tidak cemburu dengan kemenangan Fattah dan Khai,” katanya.

Diminta mengulas dakwaan dirinya pulang awal kerana kecewa dengan kekalahan itu, Alif menafikannya.

“Saya terpaksa pulang awal kerana perlu menghadiri majlis pelancaran kafe yang diusahakan bersama keluarga pada keesokan paginya di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Usahakan cafe bersama keluarga di Kota Kinabalu.

Pada malam kemuncak ABPBH 3.0 yangberlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Ahad lalu, Alif dicalonkan dalam empat kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular serta satu kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana (Dia Semanis Honey).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top