Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

“Jangan Risau, Saya Okey Saja Terima Komen.” - Datuk Siti Nurhaliza

Hanya kerana sedikit kesilapan, ianya tular di laman sosial.

0
comments
“Jangan Risau, Saya Okey Saja Terima Komen.” - Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza terima kritikan dengan hati terbuka. (Gambar: Z.Nadzri)

Selama 22 tahun Datuk Siti Nurhaliza berada dalam industri hiburan tanah air sehingga dinobatkan penyanyi nombor satu negara, dia seorang penghibur yang kelihatan serba sempurna.

Pun begitu, pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 yang baru saja berlangsung Ahad lalu, dia melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Segala Perasaan sehingga tular di laman sosial.

Sebagai seorang penyanyi profesional, Siti tidak melenting dengan kritikan dan teguran terhadap kesilapannya itu malah dia mengakuinya. Menerusi komen di kumpulan Sitizoner di laman Facebook dia meminta peminatnya bertenang.

Siti tidak melenting.

"Jangan risau, saya okey saja terima komen. Selalunya nyanyian saya sempurna tetapi kali ini berlaku kesilapan. Apapun saya gembira dapat mempersembahkan lagu baru kerana biasanya orang dengar lagu yang popular, “ tulis Siti.

Sentiasa memberikan yang terbaik.

Menerusi persembahan itu, Siti melakukan kesilapan falsetto pada bahagian nada tinggi lagu terbabit. Pun begitu, persembahan Siti masih mendapat pujian banyak pihak terutama pengguna laman sosial lain.

"Walaupun saya penat semalam sampai tersalah sedikit 'teran' ketika nyanyi, ia bukan masalah besar. Sebenarnya, mereka yang terbabit pada persembahan itu sama-sama berjuang dan penat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan membuatkan saya terus bersemangat untuk terus mempersembahkan yang terbaik," tulis Siti menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
Comments