Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

“Dia Juga Pernah Menghantar Saman Melalui Peguamnya Kepada Saya Tujuh Tahun Lalu Tetapi Tidak Berjaya.” - Fasha Sandha

Buat kenyataan kerana tidak bercadang mengadakan sidang media.

0
comments
“Dia Juga Pernah Menghantar Saman Melalui Peguamnya Kepada Saya Tujuh Tahun Lalu Tetapi Tidak Berjaya.” - Fasha Sandha
Fasha beri kenyataan media melalui Whatsapp. (Gambar: Mohamad Bakar)

Rentetan cerita aktres Nora Danish yang membuat tindakan undang undang kepada Fasha Sandha sebelum ini kerana didakwa bertindak melulu memuat naik keterangan berunsur fitnah di laman Instagram miliknya hingga menjatuhkan maruah dan mencalar reputasi perniagaan Owl By ND diusahakannya, kini giliran Fasha pula bersuara.

Nora sebelum ini melakukan sidang media hal itu kerana tindakan Fasha yang mengaitkan dirinya tanpa usul periksa dengan membuat kesimpulan kononnya dia dihalau dirinya ketika berlangsung acara fesyen Fenomena Raya 2017 dianjurkan pihak Glass Go 10 Mei lalu.

Baca cerita di sini: Nora Danish Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Fasha Sandha

"Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.

"Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya," katanya yang menghantar kiriman kenyataan ini menerusi aplikasi WhatsApp kerana masih bercuti di luar negara.

Tambah pelakon drama Lara Aishah itu lagi, dia mempunyai alasan tersendiri memuat naik status dan gambarnya sebelum ini.

"Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

"Laman Instagram saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut.

"Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL," tulisnya lagi.

Ibu tunggal dua anak itu juga tidak gentar terhadap apa apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga (merujuk kepada Nora) menghantar saman terhadapnya.

"Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya tujuh tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang.

"Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa apa komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya.

"Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG. Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang," tegasnya lagi.

 
 
Comments



Back to top