Rojak Daily Logo

5 Konsert ‘Otai’ yang Wajib Korang Pergi Tahun Ini

0
comments
5 Konsert ‘Otai’ yang Wajib Korang Pergi Tahun Ini
Kumpulan Search (Gambar: Malaysia Gazette)

Konsert Ella 2016

Tarikh: 16 April 2016 (Sabtu)
Tempat: Stadium Malawati Shah Alam
Gambar: Instagram

Selepas berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri seni negara kita, ratu rock Malaysia, Ella muncul dengan konsert untuk meraikan kerjayanya dan juga sebagai tanda pengharagaan kepada peminat-peminatnya. Pasti ramai yang dah tak sabar nak dengar suara serak basah Ella kan? Jangan risau, korang pasti akan disajikan persembahan yang mantap dan bertenaga oleh beliau. Selain Ella, Bunkface dan Kaka Azraff juga akan tampil membuat persembahan istimewa. Bukan itu sahaja, adik Ella iaitu Korie juga akan digandingkan bersama kakaknya untuk membuat persembahan duet. Agak-agaknya lagu apa yang akan dinyanyikan ya?

Dapatkan tiket di sini

Konsert Kurnia SLAM

Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu)
Tempat: StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC)
Gambar: Ticketpro

Haa pasti ramai yang rindukan persembahan mantap dan ‘tangkap leleh’ dari abang Zamani kita dan kumpulan Slam kan? Slam bakal muncul dengan konsert mereka untuk mengubati hati peminat setelah lama menyepi dari industri hiburan. Haa apa yang korang tunggu lagi? Jom pergi karaoke untuk warm up sebelum konsert! Tapi sebelum tu, tiket jangan lupa beli ya, hehe. 

Dapatkan tiket di sini

Rockomania Festival The Final Chapter

Tarikh: 21 Mei 2016 (Sabtu)
Tempat: Stadium Chin Woo
Gambar: Ticketpro

Buat rockers di luar sana, pastinya anda tidak mahu terlepas untuk menonton konsert ini. Menampilkan lebih 15 kumpulan rock dan diterajui oleh nama-nama besar seperti Cromox dan Hujan, confirm korang takkan bosan! Konsert ni bakal berlangsung selama 10 jam, jadi get ready lah stamina korang tu, nanti tak larat pulak nak head banging puas-puas.

Dapatkan tiket di sini

Konsert Kabus Semalam XPDC  - Sarawak Part 1

Tarikh: 22-23 Mei 2016 (Ahad & Isnin)
Tempat: Dewan Suarah Bintulu, Sarawak
Gambar: Facebook

Pastinya para peminat XPDC di Sarawak amat teruja apabila XPDC mengumumkan Sarawak antara salah satu tempat yang bakal mereka kunjungi untuk siri jelajah Konsert Kabus Semalam mereka kan? Ye lah, asyik orang yang kat Semenanjung je dapat merasa pergi konsert kan? Hehe. So, masa ni lah korang boleh ‘balas dendam’ dan rock out bersama-sama abang-abang XPDC kita.

Dapatkan tiket di sini

Search 35

Tarikh: 30 Ogos 2016 (Selasa)
Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Gambar: Facebook

Peeewiiiiiit! Dah beli tiket ke tu? Berkobar-kobar ya nak tengok konsert Search 35 tahun. Walaupun konsert ini telah di ditangguhkan, jangan bersedih. Pasti Search sedang membuat persiapan yang terbaik untuk korang semua. Jangan main-main, konsert ni siap dapat tajaan RM 2 juta tau! Sementara korang countdown ke konsert diorang, boleh lah hafal lirik lagu siap-siap.

Dapatkan tiket di sini
 
 
Comments