Rojak Daily Logo
Back to top

“Biarlah Orang Nak Kata Saya Janda Gila Glamor Atau Apa Saja.” - Elly Mazlein

Mahu fokus kepada single terbaharu berjudul Jeritan Hati.

0
comments
“Biarlah Orang Nak Kata Saya Janda Gila Glamor Atau Apa Saja.” - Elly Mazlein
Elly sudah tidak mahu peduli apa orang kata. (Gambar: Z.Nadzri)

Itulah luahan hati Elly Mazlein.

“Lebih baik saya mengaku daripada menafikannya kerana saya tak rugi apa pun,” kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 36, yang tidak kuasa melayan kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katalah apa sahaja.

Apa yang penting baginya sekarang, fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni, mencari rezeki untuk anak dan bapanya.

“Alhamdulillah, perkembangan kerjaya saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, juga tidak keberatan untuk menerima jodoh baru namun ketika ini dia selesa hidup sendirian.

Hati masih belum terbuka untuk bersuami.

“Adalah orang nak dekat tetapi pintu hati saya belum terbuka untuk bersuami lagi. Mungkin kalau ada yang sabar menunggu, dia akan terpilih sebagai teman hidup saya,” katanya sambil melirik penuh makna.

Tegas Elly, jika dia nak kahwin lagi dia akan memberitahu semua orang.

Promosi single terbaru, Jerita Hati.

“Saya tidak akan menyorok atau menipu terutama kepada media yang sentiasa menyokong saya,” katanya.

Elly baru sama melancarkan single terbaru berjudul Jeritan Hati bersama KRU Music Sdn Bhd.

Kalau tawaran berlakon bersesuaian, akan diterima.

“Tawaran berlakon masih ada tetapi tahun ini saya mahu tumpu kepada bidang nyanyian kerana ia adalah cinta pertama saya.

"Namun jika ada tawaran telefilem atau drama bersiri yang bersesuaian dengan jadual, mungkin saya akan terima," katanya.

 
 
Comments