Rojak Daily Logo
Back to top

Impian Datuk Siti Nurhaliza Jadi Wira Dizahirkan Dalam Video Muzik Baharu

Sejak kecil impikan menjadi seorang adiwira.

0
comments
Impian Datuk Siti Nurhaliza Jadi Wira Dizahirkan Dalam Video Muzik Baharu
Siti zahirkan impian waktu kecil. (Gambar: Chempaka Nur Iman)

Mahu melihat penghibur tersohor negara menjadi adiwira? Jangan lupa nantikan muzik video Segala Perasaan yang juga single pertaruhan pertama daripada album baharu Datuk Siti Nurhaliza, SimetriSiti yang bakal dikongsi di YouTube, 10 Mei depan sempena majlis pelancarannya.

Akui penyanyi itu ketika ditemui Rojak Daily Kaw! memaklumkan impian sejak kecil untuk menjadi adiwira akhirnya dapat dizahirkan menerusi pembikinan video muzik yang dicetuskan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Akui Siti yang tampak teruja berkongsi pengalaman di lokasi penggambaran, mengenakan kostum adiwira, bertarung dengan musuh serta beraksi di atas bangunan setinggi 20 tingkat antara momen yang memacu adrenalinnya.

Sejak kecil 'berangan' menjadi superwoman yang mempunyai kuasa.

“Video muzik Segala Perasaan bakal dipertontonkan kepada media serentak dengan pelancaran SimetriSiti pada 5 Mei dan lima hari selepas itu baharu album berkenaan diedarkan di pasaran.

“Video ini sangat peribadi kerana selepas lebih dua dekad dalam industri muzik, akhirnya saya dapat menzahirkan impian sejak kecil . Dulu saya selalu berangan bergelar Superwoman yang mempunyai kuasa. Tetapi mustahil impian sebegitu.

"Namun apabila dapat peluang menggarap sendiri idea bersama Kak Zie (Rozi Abdul Razak), akhirnya terhasil video muzik ini yang mempunyai kronologi kisah yang menarik,” katanya pada majlis pelancaran butik dan koleksi hijab premium, Ariani Luxe.

Berkongsi cerita di majlis pelancaran Ariani Luxe.

Dedah penyanyi kesayangan ramai itu lagi, pihaknya tidak mengambil masa panjang untuk memperincikan idea hingga ia direalisasikan di hadapan kamera disebabkan kerjasama semua yang terbabit.

Malah ulas Siti, walaupun tampak sukar untuk melakukan adegan lasak, bimbingan koreografer berpengalaman yang mengajarnya aspek mempertahankan diri di set sebelum penggambaran bermula memudahkan keseluruhan proses.

"Saya perlu menonjolkan kebolehan sebagai adiwira hebat yang tangkas dan mahir bertarung. Jadi, saya dibimbing ahli seni bela diri campuran, Ann Osman, yang mengajar teknik berlawan dengan musuh.

Harap semua peminat sabar menanti 10 Mei ini.

"Memang lasak tetapi saya sangat teruja. Ini satu pengalaman menarik. Semuanya dapat diselesaikan mengikut jadual. Hasilnya pula kita nantikan saja selepas majlis pelancaran SimetriSiti. Saya tidak boleh cerita sekarang, takut hilang kejutan,” selorohnya sambil tertawa.

Sementara itu, mengenai album terbabit, seleksi lagu adalah daripada komposer dalam dan luar negara seperti Aubrey Suwito, Ade Govinda, Mohariz Yaakup, Sid Murshid, Opick, Ivan Lahardika, Amirah Ali selain ciptaan Siti sendiri.

Dua lagu duet yang disenaraikan adalah Penghiburku yang membabitkan kolaboarasinya bersama Joe Flizzow selain Kisahku Inginkan dengan Judika.

 
 
Comments