CLOSE
CLOSE

Nidji Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Joox Live

Konsert bakal berlangsung di Kilang Bateri, Johor.


  • Share:

Nidji Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Joox Live
Gambar: nidjiholic.com

JOOX, iaitu app penstriman muzik terkemuka Malaysia kembali menggegarkan Mei ini melalui JOOX LIVE, dengan menampilkan band rock Indonesia penuh sensasi, NIDJI, secara langsung di Malaysia!

Joox Live with Nidji

Setelah lima tahun peminat menantikan saat ini, NIDJI baru-baru ini menerbitkan album studio baru mereka berjudul, Love, Fake & Friendship dan bakal memukau penggemar konsert dengan himpunan lagu khas menawan ciptaan mereka. Konsert JOOX LIVE bersama NIDJI akan diadakan pada 11 Mei 2017 di Kilang Bateri, Johor Bahru, dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Para peminat NIDJI boleh membeli tiket menerusi JOOX app yang tersedia dalam 2 pakej, dengan harga RM80 setiap satu :

 
Pakej Pelanggan Terawal (RM 80):

Termasuk 1 Pas Masuk, 1 Bulan Langganan JOOX VIP & 1 CD “Love, Fake & Friendship” berautograf. *Pakej ini tersedia mulai 26 April dan terhad kepada 200 pembeli pertama.

 
Pakej Biasa (RM 80):

Termasuk 1 Pas Masuk dan 1 Bulan Langganan JOOX VIP


Konsert Joox Live Nidji

Tiket konsert boleh didapati di  Kilang Bateri Merchandise Store dan juga di cawangan-cawangan CD RAMA seperti Sunway Putra di KL, HARRIS di  Aeon Tebrau City Shopping Center, Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Centre di Johor.  Tiket konsert juga boleh didapati dalam talian melalui laman web Peatix di sini

Sempena ulang tahun ke-15 mereka tahun ini, NIDJI melihat persembahan mereka di JOOX LIVE sebagai peluang yang amat baik untuk menjalin semula hubungan dengan peminat Malaysia setelah berehat sekian lama daripada membuat rakaman.

JOOX LIVE telah berjaya menarik pengikut yang ramai di Malaysia dengan membawa persembahan bercorak antarabangsa secara langsung dan eksklusif, di samping menyokong industri muzik tempatan dan serantau, contohnya festival muzik Lovelifest baru-baru ini yang berlangsung dengan kerjasama Yuna Room Records.

JOOX LIVE bersama NIDJI “Love, Fake & Friendship” adalah satu lagi kesempatan untuk memperkukuh kedudukan kami sebagai penyedia muzik digital terkemuka dengan membawakan satu lagi pengalaman konsert eksklusif yang mengesankan untuk para peminat. Matlamat kami tidak lain tidak bukan untuk terus-menerus mempersembahkan pengalaman dan kandungan berciri tempatan yang menarik kepada pencinta muzik Malaysia”, kata Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX Malaysia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top