CLOSE
CLOSE

“Ada Penaja Atau Tidak, Konsert Tetap Akan Berlangsung.” - Faizal Tahir

Namun, dengan penajaan boleh dilakukan dengan produksi lebih besar.


  • Share:

“Ada Penaja Atau Tidak, Konsert Tetap Akan Berlangsung.” - Faizal Tahir
Faizal Tahir mahu lakukan konsert selepas 11 tahun di dalam industri. (Gambar: Z.Nadzri)

Tanpa penaja pun, Faizal Tahir, 37, akan tetap menganjurkan konsert khusus untuk peminat yang setia menyokong kerjaya seninya selama 11 tahun dia menceburi industri hiburan tanah air.

Kejayaan siri jelajah album Anatomi yang diadakan tahun lalu mendorongnya menganjurkan konsert itu yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Konsert dijangkakan hujung tahun ini.

Istimewanya, konsert itu diadakan secara bersiri antaranya di Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Pahang.

“Konsert itu diadakan pada waktu sesuai sempena menyambut ulang tahun ke -11 pembabitan saya dalam bidang muzik tempatan.

“Saya bercadang menganjurkan konsert berskala besar dan sekarang 99 peratus sudah pasti namun terpulang juga kepada penajaan.
Ada yang mahu menaja tapi masih diperingkat perbincangan.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan soal penajaan kerana ada penaja atau tidak, konsert itu tetap berlangsung namun saya terpaksa kecilkan produksi bergantung kepada kos yang ada," katanya.

Dalam pada itu Faizal difahamkan ada pihak yang ingin menaja tetapi dia tak berani sahkan kerana perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

Berharap mampu mengadakan konsert berskala besar.

“Cuma apa yang saya tahu, pihak Warner Music kini dalam usaha mendapatkan penajaan,” katanya.

Perkembangan lain, Faizal turut terbabit menjayakan konsert Nova 2017 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 5 Ogos ini.

Dia menerima tawaran itu kerana dia akan berkongsi pentas dengan penyanyi hebat dari Indonesia, Judika, Cakra Khan dan Syahrini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top