Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

“Saya Takut Dia Lupa Diri, Asyik Dengan Glamor Dan Kejutan Budaya.” - Datuk Jamal Abdillah

Minta Osama tutup laman Instagram yang sudah ada 50,000 pengikut.

0
comments
“Saya Takut Dia Lupa Diri, Asyik Dengan Glamor Dan Kejutan Budaya.” - Datuk Jamal Abdillah
Tidak mahu anaknya hanyut dalam dunia glamor. (Gambar: Z.Nadzri)

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 57, bimbangkan anak sulungnya, Osama Yamani, 16, leka dalam bidang muzik sehingga mengabaikan pelajarannya.

Walaupun dia menggalakkan anak sulungnya mempelajari bidang muzik dengan memasuki Sekolah Seni Johor di Pasir Gudang, Johor, namun agak merunsingkan Jamal apabila Osama sudah menunjukkan macam-macam ragam.

“Apabila berjauhan saya tak dapat memantau pergerakannya dan peraturan asrama tidak membenarkan penggunaan telefon. Saya hanya dapat berhubung atau melawatnya pada hari minggu saja.

Datuk Jamal minta anaknya Osama tutup laman Instagram.

"Memang risau apabila dia tinggal jauh daripada saya apatah lagi saya lihat laman sosial Instagramnya sudah mempunyai lebih 50,000 pengikut yang semuanya wanita lalu saya minta dia menutup Instagramnya dan dia kecil hati.

"Saya takut dia lupa diri, asyik dengan glamor dan kejutan budaya serta tak dapat mengimbangi antara pelajaran dan nyanyian serta melupakan disiplin hidup," katanya.

Jamal mahu Osama fokus terhadap pelajaran dan berjaya memasuki universiti sebelum memilih haluan hidupnya nanti.

"Saya mahu dia menjadi orang terpelajar dan

selepas itu terpulang kepadanya nak pilih bidang yang diminati,” katanya.

 
 
Comments