Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

“Asal Bapa Tiri Atau Ibu Tiri, Mesti Dituduh Macam-Macam. Bukan Semua Ibu Bapa Tiri Bersikap Kejam Terhadap Anak Tiri.” - Salma

Tidak boleh komen lebih lanjut atas nasihat peguam.

0
comments
“Asal Bapa Tiri Atau Ibu Tiri, Mesti Dituduh Macam-Macam. Bukan Semua Ibu Bapa Tiri Bersikap Kejam Terhadap Anak Tiri.” - Salma
Salma akui kehidupannya bersama Azri sangat bahagia. (Gambar: Instagram @salma_3juara)

“Sebagai ibu, takkan saya nak biarkan anak saya didera,” tegas penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Salma, apabila ada pihak mendakwa suaminya, Azri, mendera anak tirinya yang berusia 10 tahun.

Azri yang juga penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9, didakwa mencelup kedua-dua tangan anak Salma, Putri Nurul Huda, 10, ke dalam air panas sekitar Mei tahun lalu.

Putri adalah anak hasil perkahwinan pertama Salma.

Suami Salma, Azri, didakwa mencelup kedua-dua tangan anak tirinya ke dalam air panas.

Bagaimanapun pasangan suami isteri dinasihatkan peguam untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai kes itu kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.

Menurut Salma, perkahwinannya bersama Azri tiada sebarang masalah dan mereka hidup bahagia bersama anak-anak.

“Asalkan bapa tiri atau ibu tiri, mesti dituduh macam-macam. Bukan semua ibu bapa tiri yang bersikap kejam terhadap anak tiri,” kata Salma.

Salma akui hidup bahagia bersama  Azri dan anak-anak.

Sebelum ini, Azri atau nama sebenarnya, Mohammad Azri Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 14 April lalu atas tuduhan tersebut.

Salma atau nama sebenarnya, Salma Andi Asis, 27, mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 31 Januari 2015.

 
 
Comments