CLOSE
CLOSE

“Sepatutnya Mereka Datang, Beli Tiket Dan Laburkan Wang Demi Saham Akhirat.” – Awie

Terkilan dengan rakan-rakan selebriti sendiri.


  • Share:

“Sepatutnya Mereka Datang, Beli Tiket Dan Laburkan Wang Demi Saham Akhirat.” – Awie
Awie terkilan dengan selebriti-selebriti yang tidak mahu turun padang membantu sesama artis. (Kredit Gambar: Chempaka Nur Iman)

Sambutan terhadap Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya sepanjang empat hari, bermula 6 April lalu memang luar biasa.

Namun dalam kemeriahan persembahan mega yang berpaksikan kebajikan, Wings meluahkan rasa terkilan apabila harapan mengumpulkan selebriti tidak kesampaian.

Vokalisnya, Datuk Awie, berkata ia direalisasikan bagi membantu dan menerapkan rasa prihatin terhadap golongan artis yang memerlukan tetapi karyawan sendiri enggan ambil peduli.

Konsert diadakan demi membantu rakan-rakan seperjuangan.

"Isu ini harus dipandang serius kerana kami menganjurkannya demi meraikan mereka yang pernah mencatatkan sejarah seperti Yazit (Search) dan Sahara Yaacob. Dalam menolong teman seperjuangan, artis tidak boleh berkira.

"Kita tidak tahu masa depan. Sepatutnya mereka datang, beli tiket dan laburkan wang demi saham akhirat. Mungkin mereka sudah berada dalam zon selesa. Mereka lupa bila-bila masa saja boleh ke bawah. Kita perlu ambil iktibar," katanya pada sidang media usai konsert malam pembukaan.

Konsert malam pembukaan membariskan Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Nash, Datuk Ramli Sarip, Ito, Sahara, Liza Hanim, Maya Karin, Razlan, Syamel, Beto Kusyairy, Kudin Tiga Juara dan Bila AF serta ramai pemuzik berpengalaman.

Berharap penggiat seni akan turun membantu di masa hadapan.

Repertoire disampaikan solo dan kolaborasi sepanjang lebih dua jam termasuk Bongkar, Hukum Karma, Gemala Saktiku, Harapan, Rantai, Musibah, Belenggu Irama, Sayap Ilusi, Semalam Yang Hangat, Kamelia, Sejati, Bernafas Dalam Lumpur dan Kepadamu Kekasih.

Menariknya tiket pada malam ketiga iaitu pada Sabtu lalu yang menyaksikan kemunculan Datuk Siti Nurhaliza habis ditempah manakala untuk malam lain hanya berbaki kira-kira 20 peratus saja tempat kosong.

Biarpun terharu dengan sokongan orang ramai, jauh di sudut hati Awie berharap konsert yang dirancang diadakan secara tahunan itu mampu meraih maklum balas kelompok penggiat seni sendiri.

"Acara seumpama ini diilhamkan untuk membantu rakan sealiran. Malah kita juga tidak selamanya kita di puncak atau sentiasa sihat. Kalau bukan anak seni sendiri yang membantu, siapa lagi yang kita harapkan," ulasnya lagi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top