Rojak Daily Logo

Linda Onn Kembali Ke Sinar?

0
comments
Linda Onn Kembali Ke Sinar?
Sinar FM memperkenalkan segmen hujung minggu baharunya iaitu segmen Sinar 40 yang menggandingkan dua selebriti popular tanahair iaitu Linda Onn dan Hefny Sahad bermula 6 Ogos lalu.
Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Shidah Khasim percaya kehadiran Linda dan Hefny bakal memberi sebuah sinaran baru dalam industri penyiaran radio. Pendengar boleh mendengar gandingan mereka dalam segmen Sinar 40 yang menampilkan 40 lagu-lagu mengusik jiwa setiap Sabtu jam 8 pagi dan ulangannya pada hari Ahad jam 8 malam.
 

Sementara itu Linda Onn dan Hefny berkongsi keterujaan mereka di laman Instagram. Antara status yang diletakkan Hefny di laman Instagramnya @hefnysaad:
 
 

Berjumpa juga akhirnya dengan @lindaonn7 Tapi jumpa untuk apa ek agaknya. huhuhu 😂😄✌🏻️

A photo posted by Hefny Sahad (@hefnysahad) on



Antara status yang diletakkan Linda Onn di laman Instagramnya @lindaonn7:
 
 
Peminat dua selebriti ini tentunya teruja mendengar suara mereka mengendalikan segmen baru ini, kan? Jangan lupa temujanji anda!
 
 
Comments