Rojak Daily Logo

Siti Didakwa Ciplak, Pak Ngah Jadi Rebutan

0
comments
Siti Didakwa Ciplak, Pak Ngah Jadi Rebutan
Gambar: mynewshub, YouTube dan Munsyeed
Ia dianggap suatu isu yang besar terhadap penyanyi bertaraf popular yang pernah menang pelbagai anugerah apabila didakwa peminat mengambil karya orang lain atau dalam erti kata paling mudah, ciplak.

Menjawab dakwaan itu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyatakan lagu nyanyiannya, Hari Kemenangan ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, wujud salah faham membabitkan lagu itu yang mempunyai persamaan lagu Kemenangan nyanyian kumpulan Rabbani, dua tahun lalu.

Tambahnya, Pak Ngah tidak mengetahui lagu ciptaannya yang dicadangkan kepada kumpulan itu beberapa tahun lalu dirakam mereka. Malah, Rabbani seperti mana dilaporkan Berita Harian sudah menghantar surat memohon maaf dan memberi penjelasan terhadap isu berkenaan.

Siti berkata, beliau tetap menghormati Rabbani sebagai rakan seperjuangan dalam bidang seni dan berpandangan isu seperti ini membuktikan karya Pak Ngah masih menjadi rebutan. 
 
 
 
Comments