CLOSE
CLOSE

“Selagi Belum Ada Masuk Meminang, Saya Tak Mahu Cerita Panjang.” - Reen Rahim

Mahu low profile dan tidak mahu dilabelkan ratu kontroversi.


  • Share:

“Selagi Belum Ada Masuk Meminang, Saya Tak Mahu Cerita Panjang.” - Reen Rahim
Reen Rahim enggan bercakap tentang perkahwinan. (Kredit Pakaian: Instagram Imaneunos @imaneunos Kredit Mekap: House of Bellezza by Ren Ryzam @houseofbellezza7 Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Walaupun saya sedang berkawan rapat dengan seseorang tetapi jangan ditanya lagi soal kahwin. Selagi belum ada yang masuk meminang saya belum mampu bercerita sejauh mana hubungan kami sekarang, “ ujar pelakon Reen Rahim, 29, yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Mustaqim Bahadon, 32.

Menurut Reen, hubungan mereka berada pada tahap try and error, kalau ada jodoh, dia sedia terima ketentuaan daripada Yang Maha Esa tetapi jika sebaliknya yang berlaku, dia juga tidak akan menyalahkan sesiapa.

“Senang cerita, kami berdua bersikap terbuka dan saya juga bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Mind Order, kerjaya lebih terus kerana ada yang ‘menjaga’ saya. Saya serahkan kepada kecekapan mereka untuk merancang haluan saya dalam bidang seni dan saya menurut perintah saja,” katanya sambil ketawa.

(Kredit Pakaian: Instagram Imaneunos @imaneunos I Kredit Mekap: House of Bellezza by Ren Ryzam @houseofbellezza7 I Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Tanpa di sangka juga kontroversi yang terpalit baru-baru ini membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada Reen atau pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Rahim. Namun sebenarnya bukan itu yang dicari oleh pelakon itu kerana sejak membabitkan diri dalam dunia lakonan hampir lima tahun lalu, dia lebih suka ‘low profile’ dan tidak mahu dilabel ratu kontroversi tetapi apabila situasi itu terjadi, dia terpaksa menerimanya dengan rela hati.

“Saya bukan jenis yang suka mereka cerita untuk bikin panas diri sendiri. Saya juga malu untuk sengaja mencari publisiti murahan semata-mata mahu meraih perhatian peminat, penerbit dan pengarah drama,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ada orang cuba mengganggu kehidupan peribadinya sehingga ke tahap melampaui batas, Reen tidak boleh berdiam diri.

(Kredit Pakaian: Instagram Imaneunos @imaneunos I Kredit Mekap: House of Bellezza by Ren Ryzam @houseofbellezza7 I Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Saya sebenarnya malas nak saman menyaman tetapi jika sudah sampai menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial Instagram, saya tak boleh tahan lagi. Sekarang individu itu sudah senyap dan saya pun tidak mahu memanjangkan perkara itu. Hikmah daripada kes itu, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin mencurah,” katanya.

Dalam masa terdekat Reen akan turun ke lokasi telefilem Bidadari dan Haluan. Kedua-dua drama itu akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia. Dia juga akan menerajui drama rantaian berjudul Mr Delicious arahan Michael Ang yang bakal bersiaran di saluran HyppTV.

(Kredit Pakaian: Instagram Imaneunos @imaneunos I Kredit Mekap: House of Bellezza by Ren Ryzam @houseofbellezza7 I Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Selepas Aidilfitri ini, saya akan menjalani penggambaran filem yang berjudul Menentang Adat dan paling mengujakan saya akan berlakon di samping Radhi Khalid. Saya akan menjadi anak dia dalam filem itu. Menentang Adat bukanlah filem cinta tetapi ia lebih kepada kisah kemasyarakatan yang akan dibawa ke festival luar negara,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top