CLOSE
CLOSE

Kenapa Janna Nick buat solat istikharah?

Mahu membuat pilihan yang tepat apabila terpaksa memilih antara dua.


  • Share:

Kenapa Janna Nick buat solat istikharah?

Rojak Daily Kaw! terkejut kenapa pelakon Janna Nick memberitahu yang dia pernah melakukan solat Istikharah. Nak kahwin ke Janna ni? Rupa-rupanya pelakon kelahiran Sungai Petani itu melakukan solat berkenaan beberapa tahun lalu kerana perlu membuat keputusan besar dalam hidupnya.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

Solat istikharah memang lazimnya cukup sinonim dalam keputusan membuat pilihan atau menetapkan hati dalam soal perkahwinan. Namun solat berkenaan juga boleh didirikan bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat sesuatu pilihan mahupun keputusan dalam segala urusan kehidupan.

Janna yang ditemui pada sidang media dan pratonton supertele Bo Bajet untuk siaran Astro First Eksklusif, 480, itu berkata solat istikharah itu dilakukan kerana perlu memilih tawaran berlakon antara dua drama.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

“Saya buat solat istikharah kerana hati berbelah bagi antara dua tawaran berlakon sekitar tahun 2015. Salah satunya tawaran daripada JS Pictures Sdn Bhd milik Kak Shiela Rusly dan Abang Jinggo untuk tawaran berlakon drama Syurga Nur. Ketika itu saya juga dibimbangi rasa takut kerana ramai yang cakap mengenai sikap Kak Sheila yang garang dan caranya bekerja.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

“Tambah pula itu kali pertama saya berlakon dengan produksinya. Saya buntu dan tak mampu buat keputusan tepat. Solat istikharah yang menjadi ruang penyelesaian saya. Saya google cara tepat dan lengkap untuk melakukan solat itu. Alhamdulillah bangun saja dari tidur, hati saya ditetapkan dan keputusan muktamad ialah untuk berlakon dengan produksi Kak Sheila.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

“Masa itu, saya cakap dalam hati, apa jadi, jadilah. Saya kena hadap,” tuturnya. 

Percaturan Janna ketika itu untuk memilih drama Syurga Nur ternyata dilihat sebagai pilihan tepat. Malah Sheila Rusly sudah merancang plan baik untuk Janna. Selepas Syurga Nur, dua naskhah lagi iaitu Kau Aku Kita dan Anakku Diva ditawarkan kepada Janna.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

“Alhamdulillah Syurga Nur menjadi batu loncatan awal memperkenalkan saya di persada seni. Saya seterusnya dikenali dengan drama Kau Aku Kita bergandingan dengan Saharul Ridzwan. Momentum saya selepas itu naik. Saya amat berterima kasih kepada Sis kerana membuka jalan,” katanya yang kini sedang melunaskan drama berjudul Dhia bergandingan dengan Irwansyah bagi siaran TV3.

(Kredit Gambar: Instagram Janna Nick @jannanick)

Sementara itu, menerusi supertele Bo Bajet, Janna memegang watak sebagai inspektor polis. Dia sekali lagi bergandingan dengan Saharul Ridzwan.

“Watak itu menuntut saya memotong pendek rambut seperti lelaki. Saya sudah lama mengidamkan watak sebagai inspektor polis. Sewaktu di sekolah dulu pun saya pernah aktif dalam persatuan kadet polis. Akhirnya watak idaman itu jadi milik saya.

“Dahulu untuk drama Kau Aku Kita pun, saya korbankan rambut juga untuk watak Iman Firdaus yang sedikit lasak,” kata penyanyi lagu Mungkin Saja itu.

Bo Bajet akan mula disiarkan di Astro First Eksklusif bermula 27 April ini. Ia berdurasi 90 minit.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top