Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Wings Berhajat Wujud Muzium Artis

Band rock legenda ini akan beraksi dalam persembahan Wings & Superfriends Belenggu Irama bermula malam ini.

0
comments
Wings Berhajat Wujud Muzium Artis
Wings mendedikasikan persembahan kali ini untuk membantu bekas pemain dram Search, Yazid Ahmad yang diangkat sebagai ikon. (Gambar: Awie al Pamalo & Sayap-Sayap Wings - Facebook)

Seperti dijanjikan band rock tersohor negara, Wings bakal beraksi di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam ini menerusi persembahan Wings & Superfriends Belenggu Irama.

Apa yang menarik dalam aksi mereka kali ini adalah mereka tidak hanya anggota Wings semata-mata tetapi turut menampilkan ramai artis popular lain antaranya Datuk M Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Ito, Jaclyn Victor, Haiza, Liza Hanim, Lan Kristal, Billa AF, Syamel AF, Sahara Yaacob, Uchop VBSR, Kudin 3Juara dan Aniq Ceria Popstar.

Tidak cukup dengan itu, Wings akan menyanyi bersama dua pelakon popular, Maya Karin dan Beto Kusyairy. Mungkin Maya pernah menjadi penyanyi sebelum ini tetapi apakah mungkin dia akan berduet dengan Datuk Awie di atas pentas kali ini.

Vokalis Wings itu mengajak semua peminat tidak kira rakan artis dan media untuk bersama berhibur dengan mereka yang mengadakan persembahan selama 4 malam sehingga 9 April ini.

Menariknya, Awie dalam temubual bersama Sinar FM hari ini menyatakan apa yang ditonton di televisyen adalah sandirwara dibandingkan menyaksikan persembahan mereka secara langsung di pentas berprestij, Istana Budaya.

Persembahan Wings bersama rakannya ini juga disertai pemuzik berpengalaman seperti Rosli Mohalim, Mohar, Sham, Rody Kristal, Yan Lefthanded, Edrie Hashim, Adi, Hamzah, Mariamlisa, Kudin Headwind, Fly, Lola, Adi, Pae dan Eddie Def Gab C. Sambil berhibur, Wings juga mendedikasikan persembahan kali ini untuk membantu bekas pemain dram Search, Yazid Ahmad yang diangkat sebagai ikon persembahan ini.

Dalam pada itu, Awie menyatakan Wings mempunyai perancangan untuk pergi ke peringkat seterusnya apabila berhasrat mewujudkan Muzium Artis sebagai tempat rujukan untuk mengetahui lebih lanjut sejarah dan latar belakang seseorang artis yang pernah mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Pada peminat, tiket berharga RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh dibeli menerusi www.airasiaredtix.com, Rock Corner The Gardens, The Curves, Subang Parade, Victoria Music Sungai Wang  dan Amcorp Mall; Artist Gallery Queensbay Mall dan Gurney Plaza, Pulau Pinang atau menghubungi Sayap-Sayap Wings menerusi WhatsApp di talian 0122666877.

 
 
Comments