Rojak Daily Logo
Back to top

“Sampai Masa Bila Saya Sudah Bersedia Saya Akan Bertudung.” – Ifa Raziah

Akui sedang mengumpul tudung terutama selendang yang sesuai dengan mukanya.

0
comments
“Sampai Masa Bila Saya Sudah Bersedia Saya Akan Bertudung.” – Ifa Raziah
Terharu dengan maklum balas positif daripada peminat. (Kredit Gambar: Aishah Aziz)

Dia antara penyanyi yang sering berada dalam zon kontroversi. Namun, sukar untuk menafikan Ifa Raziah antara bintang serba boleh dalam industri hiburan tempatan.

Baru-baru ini, Ifa muncul bertudung di khalayak kala menjayakan fiesta jualan Mood Republik di Kelantan.

Ramai yang memuji penyanyi lagu Ser Ser Ser iti tampak manis berhijab dan tertanya adakah Ifa sudah berhijrah.

Rojak Daily Kaw! bertemu dengan empunya badan baru-baru ini dan bertanya sendiri kepadanya mengenai perkara itu.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan yang terbaik buat saya.

"Saya juga terharu kerana peminat memberikan maklum balas positif kepada saya. Jujurnya, saya ada hasrat ke arah itu dan mohon doakan," katanya.

Tidak mahu hipokrit.(Kredit Gambar: Aishah Aziz)

Ifa berkata dirinya juga sudah mula membeli dan mengumpul tudung terutama selendang yang sesuai dengan mukanya.

"Sampai masa bila saya sudah bersedia saya akan bertudung sepenuhnya dan bertanggungjawab dengan keputusan itu.

"Saya tidak mahu hipokrit kerana bagi saya bila sudah bertudung saya wajar menjaga semua aspek berpakaian," katanya.

Terbaharu, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana berjaya disenaraikan sebagai calon Artis Versatil Popular ABPBH 3.0.

Ifa yang memenangi anugerah itu tahun lalu mengaku dalam misi mempertahankannya dan berharap peminat menyokong beliau.

"Saya gembira disenaraikan dan berharap menjadi Top Five dan seterusnya memenangi anugerah ini," katanya.

Beliau berkata anugerah itu memberi makna dan impak besar terhadap kerjaya seninya termasuk menjadi komentetar jemputan pada program nyanyian D'Academy Asia di Indonesia.

 
 
Comments