Rojak Daily Logo

Apabila Metallica 'Layan' Pokemon

0
comments
Apabila Metallica 'Layan' Pokemon
Ia kedengaran suatu yang pelik atau sesuatu tidak kena apabila satu kumpulan rock heavy metal popular menyanyikan lagu yang bukan daripada karya mereka sendiri. Ia berlaku pada band terkenal, Metallica yang mengejutkan peminat mereka dengan lagu tema, Pokemon.

Bagaikan mimpi ngeri buat peminat band ini, satu video tersebar meluas di media sosial menunjukkan Metallica menyanyi lagu kartun kanak-kanak itu dalam sebuah konsert secara langsung di hadapan ribuan peminat mereka. Jika ditonton sepintas lalu, penonton mungkin percaya persembahan itu memang benar berlaku tetapi hakikatnya, ia adalah suntingan video konsert dengan lagu tema kartun itu yang diubahsuai.

Dalam video berdurasi 1 minit 16 saat itu dimuat naik menerusi YouTube, menyaksikan persembahan band itu seolah benar-benar berlaku apatah lagi mimik vokalisnya, James Hetfield disunting dengan sempurna mengikut lirik lagu tema Pokemon itu.

Apa yang berlaku terhadap Metallica sebenarnya bukan kejadian pertama kali apabila seorang pengguna YouTube, Andy Rehfeldt mengubahsuai dengan sempurna lagu Enter Sandman dalam versi Jazz, berlaku beberapa tahun lalu. Jadi, walaupun segelintir peminat Metallica marah terhadap kejadian seperti ini tetapi ada juga yang berpandangan ia tetap menghiburkan.


 
 
Comments