Rojak Daily Logo

Misteri Yang Menyeramkan Di Sebalik Lagu ‘Sephia’ Sheila On 7

0
comments
Misteri Yang Menyeramkan Di Sebalik Lagu ‘Sephia’ Sheila On 7
Rupa-rupanya, lagu ‘berhantu’ Sephia yang cukup popular nyanyian kumpulan Indonesia terkenal Sheila On 7 mempunyai ceritanya tersendiri. Jika kita dengar sepintas lalu liriknya, ia berkisar tentang seorang lelaki yang mempunyai kekasih simpanan dan mahu meninggalkan. Namun rupanya, itu bukan kisah sebenar yang sebenarnya berlaku sehingga terciptanya lagu ini.

 
 

Sheila On 7 yang dianggotai oleh Duta, Eross, Adam dan Brian ini selalu menghasilkan lagu-lagu yang bagus. Terus memberikan komitmen yang cemerlang dalam bidang muzik, membuatkan nama mereka terus mekar hingga sekarang. Salah seorang ahli kumpulan, Eross mempunyai pengaruh yang kuat kerana kebanyakan lagu-lagu di dalam album Sheila On 7 adalah hasil ciptaan dan petikan gitarnya. 

Jika Eross mencipta lagu Sephia berdasarkan pengalamannya, hal ini kerana ia terjadi memang betul-betul kepada Eross. Ketika sedang sibuk mencari inspirasi untuk menciptakan lagu tiba-tiba telefon rumahnya berdering. Eross mengangkat dan bertanyakah siapa? Ia adalah seorang gadis bernama Sephia. Bertanyakan lebih lanjut tentang dimana gadis itu mendapat nombor telefonnya, Sephia menjawab dia adalah peminat setia kumpulan Sheila On 7 dan mendapat nombor Eross daripada temannya. Sephia turut berkata dia berada di pondok telefon di hadapan rumah Eross. Eross kemudiannya keluar untuk mencari gadis itu namun tiada siapa pun di pondok telefon tersebut. Hanya gagang telefon yang terapung seperti dipegang oleh satu entiti.

Foto-Personil-Sheila-On-7-e1427264138780.jpg
Gambar: lensaremaja.com

Sejak dari itu, Eross mencari siapakah gadis berkenaan. Berjaya mendapatkan alamat rumah gadis tersebut, Eross pergi ke rumah tersebut lalu bertemu dengan sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa Sephia. Eross menceritakan peristiwa yang berlaku padanya dan ibu bapa Sephia menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Rupanya, Sephia telah terkorban dalam satu nahas jalan raya beberapa bulan yang lalu, dalam perjalanannya ke konsert Sheila On 7. Eross kemudiannya meminta kebenaran untuk melawat kubur Sephia  dan melakukan penghormatan dengan mencipta sebuah lagu khusus untuk Sephia. 

Ternyata di sebalik lagu sedih ini, tersemat satu misteri yang menyeramkan. Terpulang pada anda untuk mempercayai dan pandanglah ia pada sudut yang positif. Hargai setiap karya lagu itu kerana ia mempunyai cerita dan pengalaman yang tersendiri. 
 
 
 
Comments