CLOSE
CLOSE

“Ada Yang Tawar Diri Dan Sanggup Jadi Isteri Kedua.” – Hisyam Hamid

Dengan kehebatan media sosial sekarang ini, godaan datang dalam pelbagai jenis dan bentuk.


  • Share:

“Ada Yang Tawar Diri Dan Sanggup Jadi Isteri Kedua.” – Hisyam Hamid
Sentiasa kuatkan iman menahan godaan. (Kredit Gambar: Instagram Hisyam Hamid @hisyamhamid7)

Rata-rata ramai juga yang cair dengan Hisyam Hamid. Mungkin yang tengah baca ini pun salah seorangnya kan? Pelakon kelahiran Singapura ini antara yang mendapat tempat di hati peminat dunia seni di Malaysia. Setiap drama lakonannya mula mencuri tumpuan. Hisyam juga meneruskan legasi pelakon dari sana yang mencari rezeki di negara kita.

Sebelum ini kita ada Aaron Aziz, Adi Putra dan Shah Iskandar. Sekalipun sudah berstatus suami orang, lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai dua cahaya mata bernama Nurish Syameliah, 9, dan Hayden, 7, ini juga tak ketinggalan berdepan pelbagai godaan pelik apatah lagi dengan kehebatan laman media sosial ketika ini.

 
Kadang-kadang pelik sama ada gurauan atau bersungguh-sungguh? (Kredit Gambar: Instagram Hisyam Hamid @hisyamhamid7)

Bukan pelik kalau ada yang menghantar mesej secara langsung kepadanya berharapkan sesuatu yang lebih.

“Ada yang menawarkan diri dan sanggup nak jadi isteri kedua. Saya sendiri boleh tersenyum dengan hal sebegini. Kadang kala saya tak pasti apakah hal itu bersifat gurauan atau benar. Saya tak akan balas mesej sebegitu. Saya memang akan dapat mesej terus di laman sosial. Memang ada yang pelik dan sangat ekstrim.

Kalau terlalu ekstrim, saya terus padamkan sahaja mesej yang dihantar. (Kredit Gambar: Instagram Hisyam Hamid @hisyamhamid7)

“Kalau mesej sebegitu saya akan abaikan dan terus padamkannya,” kata suami kepada Melrose Hanafi itu.

Berdepan dengan godaan sebegitu contohnya, pelakon drama Abang Bomba I Love You dan Sayang Papa Saya Tak? itu mohon ditetapkan iman.

Isteri dan anak-anak adalah kekuatan untuk menghadapi pelbagai dugaan.(Kredit Gambar: Instagram Hisyam Hamid @hisyamhamid7)

“Soalan sebegini sejujurnya saya takut nak jawab. Kita tak mampu menduga apa yang akan terjadi pada masa mendatang. Tak berani cakap lebih.  Kalau Tuhan nak duga, selepas temubual ini juga kita sebagai hamba-Nya boleh diuji itu ini.

Mohon dijauhkan dan ditetapkan iman. (Kredit Gambar: Instagram Hisyam Hamid @hisyamhamid7)

“Saya mohon ditetapkan iman supaya tidak berdepan dengan godaan melampau. Sebagai lelaki, suami dan bapa, saya banyak habiskan masa dengan kerja penggambaran dan bersama keluarga. Jadi secara jujur untuk ada perkara seumpama itu, sebenarnya tak ada masa. Mohon dijauhkanlah daripada semua ini,” tuturnya yang berhijrah ke Malaysia sejak empat tahun lalu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top