CLOSE
CLOSE

Sedar Diri, Bukan Lagi Pilihan Bintangi Watak Utama, Noorkhiriah Harap Keputusan Kembali Ke Dunia Seni Dapat Diterima

Sanggup hadapi kecaman netizen kerana minat dan restu suami.


  • Share:

Sedar Diri, Bukan Lagi Pilihan Bintangi Watak Utama, Noorkhiriah Harap Keputusan Kembali Ke Dunia Seni Dapat Diterima
Noorkhiriah ingin kembali ke bidang lakonan. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Bukan sekali pelakon Noorkhiriah membuat keputusan nekad untuk meninggalkan dunia lakonan dan kemudian masih lagi mewarnai persada seni. Kali pertama Noorkhiriah pernah membuat kenyataan berkenaan sekitar 2012, tapi biasalah rezeki dalam dunia seni terus datang mencurah-curah hingga membuatkan ibu kepada dua anak itu jadi berbelah bagi.

Nama pun rezeki buat apa nak ditolak. Tapi hal itu terus membuat dia dicop seperti tidak tetap pendirian dan bermain tarik tali. Seterusnya tahun lalu pada bulan Julai, sekali lagi pelakon yang kira-kira sudah dua dekad bergelar anak seni itu memutuskan untuk meletakkan titik noktah kepada kerjaya seninya.

Sekali lagi baru-baru ini, Rojak Daily Kaw! dapat tahu Noorkhiriah tewas lagi apabila menarik semula keputusan yang dibuatnya tahun lalu. Ibarat ludah jilat balik, Noorkhiriah seakan tak mampu membendung darah seni yang masih kuat mengalir dalam dirinya.

“Keputusan ini dibuat atas dorongan minat sendiri dan izin suami. Satu perkara selepas membuat keputusan nak tinggalkan dunia seni, semakin banyak tawaran yang bertandang. Ia ujian untuk saya. Memang keputusan nak berhenti berlakon itu umpama kesilapan besar. Saya pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Tidak mementingkan watak asalkan seiring dengan usia dan pengalaman seni.(Kredit Gambar: Instagram Noorkhiriah @khiriah17)

“Cuma keputusan kali ini, saya kena selektif dalam menerima tawaran. Dalam soal lakonan saya memang kena bersikap tegas. Memang diri ini bukan lagi untuk watak utama atau heroin. Saya sedar diri. Tapi sekalipun diberi watak pembantu, biarlah ia seiring dengan usia serta pengalaman seni saya. Jangan watak diberi asal tangkap muat.

“Bukan demanding, tapi jangan anggap saya seperti tidak pernah wujud sebelum ini,” katanya yang buat permulaan kembali mengacara program masakan Kecoh Dapur musim kedua bersama teman baik, Ieda Moin.

Menurut Noorkhiriah, jika kena percaturan dengan skrip yang betul-betul mencabar, dia sanggup mempertimbangkan tawaran berlakon.

“Kalau watak yang benar mencabar, bayaran okey dan kru yang ngam, saya tak keberatan untuk terima tawaran itu. Kalau sekadar melepaskan batuk di tangga watak yang mahu diberikan itu, saya rasa tak perlulah,” katanya.

Sedar keputusan untuk kembali mewarnai persada seni ini pasti akan menerima kecaman netizen, Noorkhiriah enggan larut dengan situasi itu. Noorkhiriah kini juga rancak mempromosikan Jus Bidan Dara yang diusahakannya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top