Rojak Daily Logo

"Anda Boleh Runtuhkan Kerjaya Saya Di Amerika" - Yuna

0
comments
Yuna dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook ternyata berang dengan klip video parodi ‘Crush’ oleh sebuah rancangan hiburan yang dilakonkan oleh Jihan Muse dan Syuk Joras.

unnamed.jpg

Video berdurasi seminit itu menampilkan Jihan sebagai Yuna dan Syuk yang dihitamkan wajahnya seolah-olah meniru Usher. Yuna turut menggesa agar semua pihak berhenti berkongsi video tersebut di Facebook kerana ia tidak kelakar sebaliknya hanya menyakiti hatinya.

Terdahulu di dalam persembahan berasingan, Yuna turut terpalit kontroversi apabila dia dilihat dipeluk Usher di atas pentas selepas tamat membuat persembahan. Akibat daripada peristiwa itu, Yuna dikritik hebat oleh netizen.

Usher turut dijadualkan untuk turun membuat persembahan di Kuala lumpur bersempena Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia dari 30 September hingga 2 Oktober depan.

Rancangan MeleTOP juga telah membuat permohonan maaf itu secara terbuka di Twitter mereka semalam.
 

 
 
Comments