CLOSE
CLOSE

"Saya Baru Kenal Sufian Dan Apa Saja Cerita Peribadinya Yang Dahulu Saya Tak Tahu." - Elfira Loy

Masih berkawan dan belum ke tahap teman istimewa.


  • Share:


Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sering kelihatan bersama. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon Elfira Loy, 23, enggan komen dan tidak mahu masuk campur urusan peribadi Sufian Suhaimi, 23, dengan seorang gadis yang dikatakan bekas teman wanita penyanyi lagu Terakhir itu.

Tegas Elfira, dia baru sebulan rapat dengan Sufian dan apa saja cerita lalu penyanyi itu dia tidak tahu.

“Saya pun baru kenal Sufian dan apa saja cerita peribadinya yang dulu saya tak tahu. Oleh itu apa jua isu yang timbul antara dia dengan sesiapa pun, lebih baik bertanya dengannya sendiri,” katanya.

Sufian dan Elfira kelihatan hadir bersama di majlis pembukaan sebuah butik.(Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Kebelakangan ini, Elfira digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu kerana mereka sering dilihat tampil bersama termasuk pada majlis sambutan hari jadi Elfira. Terbaru, mereka juga hadir bersama pada satu majlis pembukaan butik baru-baru ini.

Bagaimanapun ketika ditanya ‘bentuk’ hubungan yang sedang berlangsung sekarang, ujar Elfira  mereka baru berkawan dan belum sampai ke tahap teman istimewa.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top