Rojak Daily Logo

7 Filem Superhero Paling Gagal

0
comments
7 Filem Superhero Paling Gagal
Superhero kecundang.

Dikategorikan sebagai filem yang gagal datang dari banyak elemen antaranya kutipan yang tidak pulang modal dan kualiti filem yang teruk. Namun semua orang punya pendapat yang tersendiri dalam menilai sejauh mana gagalnya sesuatu filem itu. Disini kami senaraikan tujuh filem superhero paling gagal yang kami rasakan, memang sendu.

1) Fantastic Four ( 2015)


Gambar: thetelltalemind.com

Filem lakonan Miles teller sebagai Reed, Michael B. Jordan sebagai Johnny Storm, Kate Mara sebagai Susan Strom dan Jamie Bell sebagai Ben Grim ini banyak dikritik oleh pengkritik filem kerana hanya mementingkan penggunaan teknologi dalam filem tanpa menguatkan karekter pelakon serta kualiti jalan cerita. Filem dengan bajet sebanyak USD 120 juta ini hanya meraih keuntungan sebanyak USD56.1 juta sahaja di Amerika.

2. Daredevil (2003)


Gambar: www.freerepublic.com

Hasil sutradara Mark Steven Johnson, filem produksi Marvel dibintangi Ben Affleck dan Jennifer Garner ini dikritik kerana kualiti yang jauh berbeza dan ketinggalan berbanding superhero Marvel yang lain. Walaupun mendapat keuntungan sebanyak USD 178 juta berbanding kos bikin filem hanya USD 75 juta, perbezaan kualiti masih diungkit dan dikritik sehingga ke hari ini.

3. Elektra (2005)


Gambar: pcwallart.com

Filem adaptasi komik ini dianggap gagal oleh Marvel. Dilakonkan oleh Jennifer Garner, filem yang turut mendapat jolokan diantara filem terburuk ini mengaut keuntungan hanya USD 56 juta. Tambah memalukan, versi siri TV Elektra lebih mendapat sambutan daripada filemnya sendiri. 

4. Hulk (2003)


Gambar: bestofpicture.com

Dibintangi oleh Eric Bana dan diarahkan oleh Ang Lee, filem adaptasi komik Marvel ini turut mendapat kritikan penggemar filem adiwira. Filem yang mengisahkan Bruce Banner yang terkena radiasi gamma yang merubahnya menjadi raksasa hijau, Hulk tidak memuaskan hati banyak pihak.

5. Catwoman (2004)


Gambar: moviepilot.com

Walaupun filem ini dibintangi jelitawan Halle Berry, ia hanya memungut keuntungan lebih kurang USD 80 juta sahaja berbanding kosnya yang menelan belanja USD 100 juta sehingga dianggap sebagai projek gagal oleh DC Comics. 

6. Superman Returns (2006)


Gambar: www.cinelinx.com

Dengan penampilan watak Superman oleh Brandon Routh yang dianggap tidak berapa berjaya, filem arahan Bryan Singer ini mencatat keuntungan USD 200 juta berbanding penghasilannya yang menelan kos sebanyak USD 204 juta. 

7. The Last Air Bender (2010)


Gambar: www.rogerebert.com

Filem adaptasi dari watak kartun Nickelodeon ini sudah terkenal di TV sehingga membuatkan Paramount Picture mengangkatnya ke layar perak. Filem yang dibintangi oleh nama yang tidak begitu terkenal di Hollywood menjadi salah satu alasan mengapa ia kurang mendapat sambutan.

 
 
Comments