Rojak Daily Logo

Scorpions Kembali Gegar Kuala Lumpur

0
comments
Scorpions Kembali Gegar Kuala Lumpur
Scorpions dijangka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 29 Oktober ini. (Gambar: Scorpions - Facebook)

Band legenda rock tersohor, Scorpions sekali lagi bakal menggegarkan pentas di Kuala Lumpur menerusi konsert mereka pada 29 Oktober nanti. Popular menerusi pelbagai lagu yang membuai perasaan seperti "Still Loving You, Wind of Change" dan "Rock You Like a Hurricane”, kehadiran band berasal dari Jerman yang ditubuhkan sejak 1965 kali ini pastinya dinantikan ramai peminat.

Merujuk laman sesawang rasmi, Scorpions, mereka akan mengadakan Konsert Scorpions 2016 World Tour di Kuala Lumpur selepas berkunjung ke Bangkok, Thailand pada 26 Oktober dan Singapura (21 Oktober). Malaysia menjadi antara 29 lokasi persembahan di seluruh dunia yang menjadi pilihan band terkenal ini. Bagaimanapun, lokasi konsert di Kuala Lumpur kali ini masih belum diumumkan. 

Scorpions | Rojak Daily
Scorpions turut meraikan ulang tahun pembabitan mereka selama 50 tahun dalam industri muzik menerusi konsert jelajah kali ini. (Gambar: Scorpions - Facebook)

Band yang dianggotai Klaus Meine selaku vokalis, Matthias Jabs (gitar), Rudolf Schenker (gitar), Pawel Maciwoda (bass) dan James Kottak (dram) turut meraikan ulang tahun ke-50 pembabitan mereka dalam industri muzik menerusi konsert jelajah kali ini. Khabarnya, persembahan kali ini disertai Mikkey Dee yang merupakan pemain dram Motorhead menggantikan Kottak yang mengalami masalah kesihatan.

 
 
Comments