Aaron Aziz Menderita Sendi Tengkuk

Tetap ke India untuk penggambaran di sana.


  • Share:

Aaron Aziz Menderita Sendi Tengkuk
Aaron tetap ke India untuk penggambaran walaupun mengalami kecederaan. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon terkenal Aaron Aziz kembali menderita sakit sendi tengkuk hingga dia terpaksa menggunakan penyokong leher.

Pengurus dan juga isterinya, Diyana Halik berkata, biarpun dalam keadaan sakit, pelakon itu terpaksa ke India untuk penggambaran filem Rabu lalu.

"Dulu suami terkena masalah sama ketika penggambaran Fear Factor Malaysia dan dia diberikan suntikan steroid. Sekarang masalah itu berulang dan dia pula perlu ke India," katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!

Gambar Aaron memakai penyokong leher dimuatnaik di laman Instagram beliau. (Kredit Gambar: Instagram Aaron Aziz @aarondwiaziz)

Pelakon kelahiran Singapura itu turut memuatnaik gambar dia memakai penyokong leher di Instagram.

Pada 2013, Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia.

Selain itu, Aaron juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top