Rojak Daily Logo

Alunan Muzik Hutan Hujan Kembali Ke Sarawak

0
comments
Alunan Muzik Hutan Hujan Kembali Ke Sarawak
Sarawak di mata dunia. (Gambar: YouTube)

Rainforest World Music Festival Sarawak (RWMF) atau lebih dikenali sebagai Festival Muzik Hutan Hujan Dunia akan berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos ini bertempat di Kampung Budaya, Damai, Sarawak.

 
Gambar: rwmf.net

Dijangka akan dihadiri oleh hampir 20,000 peminat muzik di seluruh dunia, festival edisi ke-19 ini akan disertai oleh lima artis dari Bumi Kenyalang termasuklah dua pemain sape tersohor, Alena Murang dan Mathew Ngau Jau. 

Selain artis tempatan, 26 artis antarabangsa akan terlibat dalam penganjuran edisi kali ini. Walaupun ramai penghibur mungkin tidak begitu dikenali, khususnya buat peminat muzik dunia, festival ini menawarkan pemuzik dan penghibur yang cukup berkaliber. Festival ini merupakan usaha berterusan bagi menyokong muzik dan budaya kebanyakan komuniti etnik di Sarawak.

 
Gambar: rwmf.net

Lebih membanggakan lagi, RWMF telah dipilih sebagai diantara 25 festival muzik antarabangsa terbaik untuk tahun keenam berturut-turut oleh sebuah majalah muzik dunia di United Kingdom. Sebarang maklumat lanjut mengenai festival ataupun penjualan tiket, anda boleh layari www.rwmf.net atau www.sarawaktourism.com.

Barisan artis Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2016:

Alena Murang (Sarawak) 

Auli (Latvia) 

Broukar (Syria) 

Cimarron (Colombia) 

Derek Gripper (Afrika Selatan) 

Dol Arastra Bengkulu (Indonesia) 

Dya Singh (Malaysia/Australia) 

Krar Collective (Ethiopia) 

Lan Dieu Viet (Vietnam) 

Matthew Ngau Jau (Sarawak) 

Naygayiw Gigi (Australia) 

Nukarik (Kanada) 

Pat Thomas dan Kwashibu Area Band (Ghana) 

Shanren (China) 

Stelios Petrakis Quartet (Greece) 

Teada (Ireland) 

The Thunder Beats of Nanyang Wushu (Malaysia) 

Torgeir Vassik (Norway) 

Unique Arts (Malaysia) 

Violons Barbares (Bulgaria/Mongolia/Perancis)

 
 
Comments