CLOSE
CLOSE

“We Will Always Stick Together as Friends.” – Neelofa

Hubungan Neelofa dengan kerabat DiRaja pula ‘Semakin akrab’.


  • Share:

“We Will Always Stick Together as Friends.” – Neelofa
Neelofa anggap Fattah kawan baik selamanya. (Kredit Gambar: Instagram Neelofa @neelofa)

Kisah hangat antara Neelofa dengan Fattah Amin nyata belum berkesudahan apabila pelakon dan hos popular itu kembali memancing tumpuan menerusi gambar dan perkongsian di laman sosial peribadinya.

Menerusi Twitter @Neelofa, beliau seakan memberi bayangan mengenai status hubungan mereka dengan meminta peminat supaya jangan bimbang atau membuat sebarang andaian.

Pada perkongsian itu, Neelofa menegaskan tidak kira apa pun yang berlaku, persahabatannya dengan Fattah akan tetap utuh.

Status twitter Neelofa yang membayangkan beliau dan Fattah akan sentiasa bersahabat. (Kredit Gambar: Twitter Neelofa @Neelofa)

Biarpun menerima pelbagai maklum balas serta tidak kurang meninggalkan komen negatif, hingga hari ini status berkenaan menerima lebih 8,000 ‘likes’ selain di tweet semula hampir 6,000 kali.

Enggan membiarkan pengikut laman sosialnya terus berbahagi pendapat mengenai dirinya dan aktor terbabit, beliau dilihat cuba meredakan keadaan menerusi perkongsian status itu.

Walau sebelum ini Neelofa dikatakan sudah menemui cinta baru yang bukan calang-calang orangnya, peminat tegar kedua-dua tunjang Suri Hati Mr Pilot itu tetap menaruh harapan terhadap hubungan pasangan yang dipanggil Lofattah itu.

Sementara itu, hubungan selebriti merangkap usahawan muda berjaya terbabit dengan seorang kerabat DiRaja menurut sumber terdekat sebagai ‘semakin akrab’.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top