Rojak Daily Logo

Ana Dahlia Ambil Masa Yang Lama Buat Keputusan Untuk Bertunang

0
comments
Ana Dahlia Ambil Masa Yang Lama Buat Keputusan Untuk Bertunang
Ana dan Ashraf sedang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga

“Selepas lima tahun kembali hidup bersendirian memang terasa sunyi tetapi kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan saya tidak sempat berkenalan dengan sesiapa. Alhamdulillah pertemuan dengan Mohd Ashraf Jurey akhirnya membuka hati saya untuk bersuami semula kerana dia seorang yang amat memahami dan matang, lelaki seperti dialah yang saya cari untuk dijadikan teman hidup saya,” luah pelakon Ana Dahlia yang baru mengikat pertunangan dengan duda anak dua itu pada 30 Julai lalu.

Bagaimanapun ujar pelakon drama 'Marhaban Kome Oi' itu, selepas dua kali melalui kegagalan rumah tangga, dia mengambil masa juga untuk memikirkan lamaran daripada Ashraf.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Selepas benar-benar yakin, akhirnya Ana Dahlia menerima lamaran Ashraf

“Kami berkenalan lebih setahun lalu tetapi hanya baru-baru ini hubungan kami rapat iaitu ketika saya berlakon dalam drama terbitan dan arahan bapanya, Datuk Jurey Latiff, berjudul Singgahsana Cinta.

“Saya bukan takut untuk berkahwin lagi kerana saya juga teringin hidup bahagia, ada keluarga dan anak. Oleh itu saya sangat berharap agar jodoh kali ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat saya.

“Selepas betul-betul yakin dengan Ashraf, barulah saya bersetuju dengan lamarannya. Sebab lain saya menerima Ashraf selain daripada ketulusan hatinya, masing-masing ada pengalaman dalam perkahwinan terdahulu. Dia tahu nak handle saya dan boleh ‘tahan’ dengan sikap saya,” katanya.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua

Jelas Ana lagi dia beranikan diri dan kuatkan hati untuk menerima lamarannya kerana kalau dia tak cuba, dia tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Apa pun saya rasa jodoh saya sudah sampai dan saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Menerusi dua perkahwinannya yang lalu, Ana tidak dikurniakan cahaya mata. Tidak mahu menunggu lama untuk disatukan, Ana dan Ashraf merancang akan melangsungkan pernikahan mereka pada masa terdekat.

“Kami sedang mencari tarikh yang sesuai kerana Ashraf yang kini menjadi pengarah drama di syarikat produksi bapanya, sibuk dengan pelbagai projek yang sudah dirancang,” katanya.

 
 
Comments