CLOSE
CLOSE

Indah Ruhaila bikin misi rahsia di Jepun

Kini sibuk mempromosi single terbaru, Semua Untuk Cinta.


  • Share:

Indah Ruhaila bikin misi rahsia di Jepun
Indah ada misi rahsia di Jepun. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Pemergian Indah Ruhaila ke Hokkaido Jepun baru-baru ini menimbulkan tanda tanya. Bukan setakat bercuti, difahamkan ada misi rahsia yang enggan dikongsinya lagi. Jika ada yang mengikuti perkembangan penyanyi yang sedang mempromosikan lagu Semua Untuk Cinta itu di laman Instagram, dia berpeluang bermain salji.

Bukan setakat itu sahaja, peserta dari Akademi Fantasia 2013 itu turut melaram sakan dengan bersolek tebal. Menurut Indah kepada Rojak Daily Kaw! dia ke sana ditemani enam orang lagi.

Ke Jepun bersama enam orang rakan. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Cukuplah saya cakap ada misi khas. Tapi biarlah rahsia dahulu. Nanti bila tiba masanya, akan tahu juga. 

“Bab bersolek tebal itu, kebetulan kawan baik saya yang pandai bersolek turut serta, jadi saya tadahkan sahaja muka. Inilah masanya nak suruh kawan baik sendiri ‘berkarya’ di muka saya,” katanya yang dijangka pulang ke Malaysia Sabtu ini.

Mungkinkah Indah menjalani penggambaran klip video di sana?. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Mengenai kerjaya seni, Indah kini rancak mempromosikan single terbaharunya, Semua Untuk Cinta ciptaan Hael Husaini dan lirik nukilan Ezra Kong.

“Alhamdulillah lagu ini sudah mula diterima. Benar ada yang membandingkan single saya yang terdahulu terutama Percayalah. Senario itu normal.  Mengenai lagu Semua Untuk Cinta, memang saya sudah lama memasang niat untuk bekerjasama dengan Hael. Ia akhirnya jadi kenyataan. Saya menerima dua demo lagu daripadanya.

Berharap Semua Untuk Cinta akan sehebat Percayalah. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Salah satunya berentak balada dan satu lagi, Semua Untuk Cinta. Akhirnya, lagu Semua Untuk Cinta yang menjadi pilihan selepas saya lakukan sedikit kajian dan memperdengarkan lagu itu kepada rakan tersayang. Kebanyakan mereka menyukai lagu itu dan menyifatkan ia sesuai dengan vokal saya,” katanya. 

Selepas single Percayalah, Indah muncul dengan single Di Sebalik Takdir pada 2015 dan diikuti dengan lagu Cerita Cinta Kita berduet dengan Ewal.

Indah pernah mengeluarkan sebuah album pada tahun 2008 di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top