CLOSE
CLOSE

"Saya Tak Hamil." - Scha Alyahya

Tetap anggap doa yang baik untuk diri dan keluarga.


  • Share:


Scha menafikan dia hamil. (Kredit Gambar: Instagram Awal Ashaari @awalashaari)

Scha Alyahya bagitahu yang dia bersyukur ramai yang mendoakan dirinya hamil, sekalipun ia berita yang tidak benar. 

You all tahulah ramai yang pantas buat kesimpulan dan andaian. Itu normal. Hal sama terjadi apabila gambar dimuat naik suaminya, Awal ashaari di laman Instagram. 

Pelakon yang hangat menerusi drama Urusan Hati Cik drama Queen di Astro Ria itu mengenakan baju kain baldu yang melihatkan perutnya kelihatan buncit.

"Saya anggap ia doa yang baik untuk diri ini dan keluarga. Andaian dan persoalan itu memang tak betul. Tapi saya sentiasa aminkan benda yang baik.

"Sebelum melahirkan anak sulung, Lara Alana pun ramai yang tahu saya berusaha dan mencuba dalam tempoh lama. Jadi pastinya ramai yang ingin melihat ada kehadiran adik baharu kepada Lara," katanya.

Mustahil untuk wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah, itu hamil kerana you all sendiri lihat di laman Instagramnya, dia memang aktif bersenam secara intensif.

"Saya memang habis habisan bersenam dibantu jurulatih kecergasan, Muneyh. Tak mungkin saya masih giat bersenam kalau sudah berbadan dua," tuturnya.

Scha kini sibuk memenuhi tanggungjawab pihak yang melantiknya sebagai jurucakap bagi mempromosikan produk.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top