CLOSE
CLOSE

"Saya Tak Pernah Bimbang Mengambil Watak Yang Ditawarkan." - Fazura

Sebagai pelakon profesional, sentiasa bersikap terbuka.


  • Share:


Masih berbincang antara pihak syarikat rakaman, pihak Astro dan syarikat produksi. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon popular Fazura menafikan ada melahirkan perasaan bimbang untuk menggantikan tempat Neelofa kepada pengarah Michael Ang menerusi drama terbaru arahan pengarah itu berjudul Hero Seorang Cinderella (HSC).

Fazura menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pihak Universal Music Malaysia berkata, dia sebagai pelakon profesional terbuka menerima setiap tawaran.

"Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah melahirkan rasa bimbang untuk mengambil watak yang ditawarkan.

"Sama ada dari segi profesional ataupun berkaitan dengan sambutan peminat seperti yang didakwa," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Pada masa sama, pihak Universal Music tidak menafikan pihak pengurusan Fazura ada bertemu dengan pengarah itu dan pihak Astro untuk membincangkan tawaran yang diberikan.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong berkata pihaknya mahupun Fazura belum memberi sebarang kata putus.

Belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Memandangkan Fazura kini bernaung di bawah syarikat Universal Music Malaysia, kami berhak menentukan kesediaannya untuk menerima sesuatu tawaran.

"Kami memang mahu mempertimbangkan tawaran itu selepas pertemuan rasmi dengan Michael dan Astro.

"Sebagai anak seni yang profesional, apa yang penting adalah tanggungjawab yang diberikan dilunaskan dengan baik," katanya.

Fazura sentiasa profesional dalam kerjaya seninya. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Sementara itu, Michael ketika dihubungi memohon maaf sekiranya kenyataan sebelum ini menimbulkan salah faham dan perdebatan di kalangan peminat.

"Saya bercakap secara keseluruhan. Semua pelakon yang saya hubungi tidak takut nak menjayakan watak utama itu, tetapi sekadar melahirkan rasa bimbang terhadap penerimaan peminat kelak.

"Saya berharap perkara ini tak perlu diperbesarkan lagi kerana tak mahu timbul masalah lain pula.

"Apa saya boleh katakan, siapa pun heroin yang bergandingan dengan Fattah nanti dia adalah pilihan paling sesuai untuk watak itu," katanya.

Terdahulu pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu mengakui 'merisik' beberapa pelakon seperti Janna Nick, Emma Maembong, Fazura dan Fathia bagi menjayakan watak utama drama yang bakal menjalani penggambaran Mac ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top