Rojak Daily Logo

Mira Masih Solo, Terkejut Ditanya Mengenai Jejaka USM

0
comments
Mira Masih Solo, Terkejut Ditanya Mengenai Jejaka USM
Mira sering digosipkan dengan artis lelaki, mahupun orang biasa (Kredit Gambar: InTrend Malaysia)

Ramai pastinya sukar untuk percaya apabila pelakon jelita yang sedang meningkat naik ini mengakui dirinya masih solo. Malah, nama Mira Filzah sering dikaitkan dengan beberapa lelaki tidak kira selebirti mahupun orang biasa.

Sebelum ini nama pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner ini pernah dikatakan bercinta dengan Adi Putra dek keakraban mereka dan sering dilihat bersama di beberapa acara.

Namun gosip itu diam begitu saja. Si cantik manis ini turut dikaitkan pernah berhubungan dengan pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak.

Mira bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Bagi dirinya, Zizan tidak lebih dari hanya kawan sesama industri.

"Saya masih solo dan belum berpunya. Soal dengan Zizan itu tidak betul, saya hanya selesa berkawan dengannya.

"Saya mula rapat dengan Zizan ketika kami sama-sama jadi pengacara di ABPBH Mei lalu," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Mengenai hubungan dengan aktor yang sedang hangat dengan kontroversi, Adi pula, Mira berkata beliau menanggap lelaki itu sebagai abang.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Mira anggap ianya gosip kosong (Kredit Gambar: InTrend Malaysia)

"Saya tidak mahu ulas lebih, beliau juga dalam keadaan bertenang kini. Saya dan dia seperti abang dan adik," katanya.

Mira bagaimanapun seolah terdiam apabila diajukan hubungan cintanya dengan seorang lelaki yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Hubungan itu dikatakan mula menjadi bualan netizen di beberapa laman sosial.

"Seingat saya, tidak pernah kenal dengan sesiapa di USM. Saya memang tidak tahu bagaimana cerita ini timbul," katanya.

Beliau berkata, dirinya tidak punya banyak masa untuk bermain cinta pada ketika ini kerana mahu mengukuh namanya sebagai pelakon di persada seni tempatan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Bakal berlakon untuk sebuah drama di Astro bersama Fattah Amin (Kredit Gambar: InTrend Malaysia)

Baginya, keutamaan adalah untuk memperbaiki kerjaya seninya dan mencuba semua bidang yang bersesuaian.

"Saya memang mahu cuba semua cabang seni kecuali menyanyi sebab saya memang tidak boleh menyanyi.

"Saya sebelum ini juga pernah menjadi pengacara. Manakala saya juga sedang menanti perbincangan untuk muncul dalam sebuah filem," katanya.

Terbaharu, lulusan Pengajian Perniagaan Antarabangsa ini bakal menjadi pengacara sebuah rancangan realiti tidak lama lagi.

"Syukur ini rezeki dan peluang keemasan yang saya nantikan, tapi nanti saya akan umumkan lanjut," katanya yang masih berteka teki.

Selain berlakon, Mira juga aktif sebagai peniaga rangkaian fesyen jenama dirinya di online dan duta bagi minyak wangi jenama Roselle keluaran Minaz.

Pengarah Urusan dan Pereka Minaz, Hafiza Abdul Hamid berkata, wangian itu memang dikeluarkan khas untuk Mira yang mempunyai ciri-ciri dan lambang wanita muslimah berjaya.

Selain itu, Mira juga bakal muncul dalam sebuah drama di Astro bergandingan dengan Fattah Amin tidak lama lagi.

 
 
Comments