Rojak Daily Logo

Bakal Suami Fara Fauzana Masih Bujang

0
comments
Bakal Suami Fara Fauzana Masih Bujang
Fara Fauzana akhirnya memberitahu berita perkahwinannya dalam satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor hari ini. (Gambar: Instagram - syedfaizalsyednoh dan hotfm976)

Bekas penyampai radio dan pengacara popular, Fara Fauzana akhirnya mengumumkan berita gembira apabila akan menamatkan zaman bujang bersama seorang ahli perniagaan. Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohamad Fadzil, 36, akan bernikah pada 17 September depan.

Fara memberitahu wartawan pada satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor hari ini turut memaklumkan majlis akad nikah akan dibuat di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Petaling Jaya pada sebelah pagi sebelum majlis resepsi pada tengah hari.

Tambahnya, bakal suaminya yang dikenali sebagai Hafiz masih berstatus bujang dan berusia sekitar 30-an yang kini tinggal di Shah Alam, seperti dilaporkan Kosmo!

 
 
Comments