Rojak Daily Logo

"Tidak Pernah Ada Kontrak Perjanjian Sebegitu" - Akim

0
comments
Menolak alasan kontrak perjanjian sebagai punca Stacy belum hamil (Gambar: Youtube Anugerah MeleTOP)

Tawaran bergelar duta pelbagai jenama tidak membataskan hasrat pasangan muda popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam untuk menimang cahaya mata biarpun ramai menebak antara pengisian kontrak perjanjian membabitkan komitmen sepanjang tahun.

Akui Akim, 25, tidak timbul isu isterinya dilarang hamil andai mahu dipilih sebagai jurucakap atau wajah mana-mana produk dalam setiap kontrak namun hakikatnya mereka masih belum dikurniakan rezeki.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Sah bergelar pasangan suami isteri pada Februari tahun lalu (Gambar: Era.fm)

Baginya yang bergelar suami pada Februari tahun lalu, pada usia muda itu sememangnya masa paling sesuai disebabkan kesihatan tubuh badan selain faktor kesuburan.

“Kalau ikutkan kami mahu dapat anak cepat. Siapa yang enggan menimang anak pada usia muda begini? Lagi menyeronokkan kerana ahli keluarga semakin bertambah dan meriah.

“Walau sibuk, kami masih punya masa bersama keluarga. Tidaklah sampai jadual promosi padat sama ada membabitkan persembahan mahu pun memenuhi komitmen sebagai duta produk membuatkan kami merancang keluarga.

“Setakat ini semua syarikat yang memilih kami sebagai duta mereka tidak pernah meletakkan syarat sedemikian. Cuma soal anak mungkin belum datang rezeki itu lagi. Apa yang boleh kami buat hanya berdoa,” katanya.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Sentiasa luangkan masa bersama keluarga (Gambar: Instagram Akim)

Bagi Stacy atau nama penuhnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, kehidupan berkeluarga adalah perkara utama baginya sekarang selain sudah sedia untuk hamil dan menimang zuriat.

Namun perkara itu langsung tidak menjadi beban apatah lagi keluarga kedua-dua belah pihak belum pernah membuka mulut selain kehadiran anak angkatnya, Bella De Luna Valentina, 4, yang menyerikan rumah tangga mereka.

“Boleh dikatakan kami masih dalam fasa bulan madu. Sekarang ini pun kami bersyukur dengan adanya Bella yang semakin bijak, keletah dan memerlukan perhatian,” katanya yang kini mewakili tiga jenama besar bersama suami.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Masih menikmati bulan madu. (Gambar: Instagram Akim)

Sementara itu, mengulas mengenai pembatalan mengerjakan Umrah pada Ramadan lalu bersama anggota kumpulannya, Akim & The Majistret, Akim berkata semuanya berbalik kepada rezeki.

Ulasnya, ia terpaksa dilakukan selepas tarikh kepulangan ke tanah air berubah beberapa minggu sebelum pemergian ke Tanah Suci iaitu dimaklumkan pada 2 Syawal.

“Sepatutnya ikut jadual asal kembali ke sini beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Apabila tarikhnya terpaksa dianjakkan saya dan dua lagi teman lain terpaksa membatalkan pemergian kami.

“Bukan salah sesiapa, semua ini berbalik kepada rezeki. Mungkin bukan rezeki saya menunaikan ibadah ini buat kali ke dua, siapa tahu selepas ini saya dapat membawa isteri saya terus mengerjakan Haji,” katanya yang pernah melakukan Umrah pada 2014.

Mengenai perkembangan terbaharu, beliau kini dalam promosi single berjudul ‘Hanya Padamu’ sentuhan Sham Kamikaze selain menyusul selepas itu adalah dendangan duetnya dengan Stacy.

 
 
Comments