CLOSE
CLOSE

Betul Ke Raja Ilya Akan Berlakon Filem Terbitan Marvel Studios?

Bakal jalani latihan fizikal dan mental selama lapan bulan di Indonesia.


  • Share:

Betul Ke Raja Ilya Akan Berlakon Filem Terbitan Marvel Studios?
Raja Ilya mahu merahsiakan filem terbitan Marvel Studio yang bakal dilakoni beliau. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Hasrat pelakon Raja Ilya untuk berlakon di Hollywood bakal tercapai apabila dia dikatakan akan membintangi satu filem aksi terbitan Marvel Studios, hujung tahun ini.

Raja Ilya, 31, ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! turut mengesahkan dia akan menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian sebelum memulakan penggambaran filem itu.

Raja Ilya bakal buat persediaan fizikal dan mental selama lapan bulan. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Bagaimanapun, Raja Ilya belum bersedia untuk mendedahkan secara terperinci mengenai filem itu kerana judul filem itu juga belum diputuskan.

“Rakan baik saya di Indonesia yang memperkenalkan saya kepada syarikat produksi terbabit dan peluang yang diberikan itu membuatkan saya berasa amat teruja.

 Filem terbitan Marvel yang bakal dilakonkan Raja Ilya dikatakan penuh aksi. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Mulai bulan depan saya akan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk ke peringkat pemilihan filem itu yang akan diadakan nanti. Saya juga akan berlatih seni mempertahankan diri kerana ia adalah filem aksi,” katanya.

Raja Ilya berkata, sekiranya terpilih berlakon dalam filem itu, dia yakin dapat memberikan lakonan terbaik,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top