Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Akim Dan Hazama Buka Syarikat Rakaman

Paradox bakal merialisasikan impian mereka yang berbakat besar.

0
comments
Akim Dan Hazama Buka Syarikat Rakaman
Berkoloborasi membuka syarikat rakaman untuk pelapis masa hadapan. (Kredit Gambar: TV3)

Siapa sangka dua bakat yang bermula dengan program realiti Astro, Akademi Fantasia (AF) kini sudah mengukir nama besar sebagai penyanyi. Lebih dari itu, mereka diberi kepercayaan menjadi tenaga pengajar untuk program realiti Mentor Milenia.

Akim dan Hazama, semakin menyerlah malah nama kedua-duanya tidak pernah tercicir berada pada anugerah hebat termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL) setiap tahun.

Akim dan Hazama percaya dengan kemampuan artis yang mereka pilih. (Kredit Gambar: TV3)

Terkini, RojakDaily Kaw! mendapat berita kedua-duanya melangkah maju setapak lagi apabila berkoloborasi membuka syarikat rakaman yang dinamakan Paradox.

Pertemuan dengan kedua-duanya baru-baru ini membuka cerita mereka nekad bekerjasama menubuhkan syarikat rakaman itu selepas masing-masing terbabit secara langsung dalam program Mentor Milenia untuk tahun kedua.

“Kami tidak mahu mensia-siakan bakat yang sudah kami temui. Kami tidak boleh pilih kesemuanya, jadi mereka yang tidak terpilih dalam pasukan kami akan dikekalkan sebagai artis sulung syarikat rakaman saya dan Akim,” kata Hazama.

Percaya dengan peluang kedua. (Kredit Gambar: Instagram @akimahmad dan @mrhazama1)

Akim menambah, mereka sepakat untuk membuka syarikat berkenaan untuk memberikan peluang mereka yang berbakat meneruskan impian menjadi penyanyi dan pelapis kepada penyanyi sedia ada.

“Saya yakin mereka ada bakat dan mampu mewarnai industri hiburan kita,” katanya.

Hazama menambah, bukan semua peserta sesuai untuk menyertai pertandingan realiti dan bimbang ia hanya akan menyebabkan bakat mereka terhenti begitu saja sekiranya tidak menyerlah dalam pertandingan.

Farhan dan Serra, artis pertama Paradox. (Kredit Gambar: TV3)

Dua anak didik mereka yang bakal menjadi among the first di bawah label Paradox ialah Farhan dan Serra.

Selain Akim dan Hazama, dua lagi mentor iaitu Tomok dan Black juga adalah bintang yang pernah menyertai pertandingan realiti iaitu One In A Million dan Mentor.

 
 
Comments