Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Anna, Elica, Usop Dan Balqis Ke Pentas Mentor Milenia 2017

Terpilih menjadi protégé Akim dan Hazama.

0
comments
Anna, Elica, Usop Dan Balqis Ke Pentas Mentor Milenia 2017
Hazama dan Akim bersama protégé masing-masing. (Kredit Gambar: TV3)

Ahad lalu, tiga bakal protégé kepada Akim dan Hazama bekerja keras menunjukkan bakat masing-masing untuk memastikan tempat ke pentas Mentor Milenia 2017.

Hazama dan Akim membuka persembahan dengan 'Seragam Hitam'. (Kredit Gambar: TV3)

Ternyata keupayaan yang dimiliki oleh Anna atau nama penuhnya Noor Jannah Abu Hanipah, 18 tahun, dan peserta daripada Sabah, Elica, atau nama penuhnya Angelica Paujin, 17 tahun, berjaya menarik minat Akim untuk menjadikan mereka protégé beliau.

Akim bersama protégé beliau, Anna dan Elica. (Kredit Gambar: TV3)

Anna menyampaikan lagu ‘Jeritan Batinku’ daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, manakala Elica pula menyampaikan lagu ‘Pelangi Senja’, nyanyian asal Stacy.

Bekas juara Mentor Milenia tahun lalu, Hazama, turut memilih dua orang protégé yang bakal dibawa ke pentas Mentor Milenia 2017.

Dua peserta tersebut adalah Usop, atau nama penuhnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20 tahun, yang berasal daripada Kedah, serta Balqis atau nama penuhnya Nor Balqis Ahmad Tajudin, 18 tahun, yang berasal daripada Terengganu.

Hazama bersama protégé beliau, Balqis dan Usop. (Kredit Gambar: TV3)

Di konsert pengenalan itu juga, Usop menyampaikan lagu ‘Permata Cinta’ daripada Aiman Tino manakala Balqis menyampaikan lagu ‘Perawan Atau Janda’.

Hujung minggu ini giliran Black dan Tomok untuk memilih dua orang protégé masing-masing. (Kredit Gambar: TV3)

Ahad ini pula, tiga bakal protégé, masing-masing di bawah mentor Black dan mentor Tomok bakal berentap dan hanya dua orang daripada setiap mentor akan menjejakkan kaki ke pentas Mentor Milenia 2017.

Mentor Milenia 2017 bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad, pukul 9:00 malam di TV3 dan saluran Astro 103.

 
 
Comments