Rojak Daily Logo

Panorama New Zealand Tarikan Pinjamkan Hatiku

0
comments
Panorama New Zealand Tarikan Pinjamkan Hatiku
Antara lokasi menarik yang dirakam bersama pelakon utama, Ayda Jebat dan Farid Kamil ketika penggambaran filem Pinjamkan Hatiku di New Zealand. (Gambar: Instagram - osmanali_nuansa, julai1077 dan aydajebat)

Keindahan permandangan alam semulajadi di New Zealand sering menjadi tumpuan ramai pelancong termasuk dipilih sebagai lokasi penggambaran filem antarabangsa. Karya Hollywood seperti filem trilogi, The Lord of the Rings, The Chronicles of Narnia, King Kong dan The Last Samurai antara yang menggunakan destinasi ini untuk penggambaran filem mereka.

Begitu juga, lokasi ini menjadi pilihan pengarah terkenal, Osman Ali yang ketika ini menjalani penggambaran filem terbaru arahannya berjudul Pinjamkan Hatiku bersama pelakon utamanya, Ayda Jebat dan Farid Kamil. Menerusi beberapa gambar yang dikongsi Osman menerusi Instagramnya memaparkan pemandangan indah alam semulajadi di sana yang pastinya menarik perhatian penonton.

Pinjamkan Hatiku | Rojak Daily
Adegan romantik berlatarbelakangkan permandangan indah di New Zealand. (Gambar: jlotouch - Instagram )

Osman yang sebelum ini terkenal menerusi filem arahannya seperti Anak Halal, Ombak Rindu dan Jwanitamemberi kelainan pada sentuhannya untuk filem terbaru kali ini apabila menampilkan Ayda Jebat sebagai pelakon utama berbanding Maya Karin dalam beberapa filemnya sebelum ini.

Pernah bekerjasama dengan Ayda menerusi telefilem Nawaitu Cinta, Osman pernah menyatakan dia mahu memberi ruang pada pelakon baru seperti Ayda untuk menjadi heroin filemnya.

Pinjamkan Hatiku | Rojak Daily
Osman (lima dari kanan) bersama pelakon dan kru produksi bergambar ketika penggambaran di New Zealand. (Gambar: osmanali_nuansa - Instagram )
 
 
 
Comments